Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Mana Hilangnya.....

Bantal busukku.... Mana hilangnya kamu... Dah berminggu tidur saya tanpa kamu.... siapa yang ambil kamu???????? Teori kehilangan: 1. mungkin saya ada bawa balik ke Kg. mak beberapa minggu yang lau dan tertinggal di rumah mak anjang. tidak sedar kehilanggannya sebab apabila pulang ke rumah sendiri, "ucuk" saya yang lain ada menanti. So, kehilangan dia taklah dirasai sangat. Apabila kembali bermastautin di bilik kecil indah permai ini kembali, baru tersedar kehilangan "ucuk" yang ini. 2. Ucuk, mungkinkah kamu dicuri monyet yang selalu mengintai roti butterscotch di bilik kecil saya ini? Kata Teyya, "mungkin monyet bawa lari naik atas pokok". tambah kak Ida, "monyet ambil dan tinggalkan di bilik orang lain". kalau benar ini terjadi! KEJAMNYAAAAAAAA kamu monyet. Tahukah kamu, sudah beberapa lama lena saya terganggu, sebab "ucuk" saya tiada. 3. Ucuk jatuh bawah katil. Saya sangkal sebab saya dah cari dah kat situ. TAK ADA. Mot

Happy Birthday Comot!

Ikhlas: Sahabatmu Fadd. Saya ada kawan. Namanya Nurul Hidayah Abdul Rahman. Orangnya cute aje. Serabut-serabut sikit. Kenangan yang saya tak akan lupa dengan dia adalah saat kehilangan kunci. Bukan sekali tapi dua kali yer. Saat pertama kali bertemu, (cewah...dah macam berjodoh dengan dia ni) waktu sama-sama terlibat menjadi peserta progam kepimpinan. Waktu itu kami direkrut menjadi Block Representative Committee. Saya pegang Welfare Block E dan jawatan dia di Block C (lupa aih jawatan apa). Kami ditakdirkan satu kumpulan (sumpah saya lupa). Kata dia, saya asyik tanya namanya sampai dia menyampah nak jawab. (Serius sorry dowh, maklumlah, program tu kat Zoo Negara, nak menghafal nama binatang lagi.) Saya pernah marah dia, tapi marah2 sayang ajelah. Sebab dia dan konco-konconya boleh bersuka ria di pantai Bagan Nakhoda Omar waktu orang lain berhempas pulas berprogram di Sg Air Tawar. Saya marah sebab saya ditugaskan jaga semua peserta, jadi tanggungjawab saya nak pastikan semua p

~King of two Hearts~

Saya mungkin agak ketinggalan sebab baru aje habis menonton drama ni. Tapi ada saya kisah. Hahaha. Disebabkan saya dah jatuh hati dekat cerita ni dan watak watak didalam nya, saya nak update juga review mengenainya. Huhuhuhu. Drama ini mengisahkan usaha murni seorang raja kepada negara Korea Selatan yang berusaha untuk menyatukan Korea Selatan dan Korea Utara kerana menurutnya selepas peperangan antara Korea Utara dengan Korea Selatan, banyak nyawa yang terkorban, banyak keluarga yang terpisah dan peperangan itu meninggalkan trauma di kalangan rakyat kedua-dua negara yang perang akan tercetus lagi. keadaan ini menyebabkan hubungan kedua-dua buah negara menjadi tegang. Langkah pertama yang diambil oleh raja tersebut (Lee Jae Kang) adalah menyatukan askar kedua-dua buah negara agar mereka dapat menyertai WOC (World Officers Championship) iaitu pertandingan kemahiran peperangan (gitulah gamaknya). Sebelum ini, penyertaan mereka sering ditolak kerana mereka adalah satu-satunya bang

~Bahagiamu Deritaku~

Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjadi sahabatmu Siksanya mengakui kau teman biasa Terpaksa ku terima itu hakikatnya Yang pasti aku tak mau lupakan cinta Kau percik api membakar kenangan lama Aku tak tahu menilai cintamu Aku tak mampu pertahankan Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima Semakin ku sakit, semakin kau bahagia Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu Yang pasti aku tak mau lupakan cinta Kau percik api membakar kenangan lama Aku tak tahu menilai cintamu Aku tak mampu pertahankan Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima Semakin ku sakit, semakin kau bahagia Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Pesan Ayah.

Pesan Ayah jaga tingkah, di hujung namamu, ada nama ayah tidak ditanya siapa kamu ditanya orang, anak siapa itu                                       Kakak sayang ayah sangat-sangat Pesan Ayah, longgarkan bajumu labuhkan tudungmu sarung kaki jangan lupa yer auratmu itu, tanggungjawabnya ayah Pesan Ayah, hidup bukan sekadar dunia akhirat pun kejar sama jangan ditinggal salah satunya kelak hidupmu sia-sia aje Pesan Ayah, hidup kena bermaruah ada pegangan kelak tak dipermainkan tidak juga jadi barang dagangan.