Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

~Sahabat~

Kau ada dikala ku suka Dikala ku duka setiap tangisan dan juga ketawa Kau ada dikala ku perlu setia menemaniku Pegang erat tanganku bila aku jatuh Kau lah yang selalu Selalu menemaniku Mendengar kisah pahit manis Hidup ku Kau lah yang di situ Setia menunggu ku Kau lah yang satu Menjadi sahabatku Ku tahu ku kan selalu ada Pada dirimu Dan ku harap kau juga rasa begitu Kau lah yang selalu Selalu menemaniku Mendengar kisah pahit manis Hidup ku Kau lah yang di situ Setia menunggu ku Kau lah yang satu Menjadi sahabatku Kau lah yang selalu Selalu menemaniku Mendengar kisah pahit manis Hidup ku Kau lah yang di situ Setia menunggu ku Kau lah yang satu Menjadi sahabatku Sahabatku. P/S: This song was dedicated to all my beloved friends that never fed up with me. Hope this ukhwah will forever till Jannah.

Perempuan?

Assalamualaikum, Pepagi buta tadi dapat msg daripada seorang sahabat yang saya dah anggap macam abang sendiri. Msg merentas laut lagi tu. Tapi, biasala kalau msg tengah2 pagi buta ni, msg masalahlah, tak ada yang lain. Boleh kira berapa kali aje msg berita gembira diterima dari dia pagi2 buta. Yelah, kalau msg yang tak patut sampai waktu saya tengah nyenyak tidur, tu namanya tempah sumpahan berbakullah.Kalau msg orang ada masalah, kita beringat jugaklah nak bagi sumpahan berbakul tu. Masih ada hati dan perut jugaklah saya ni kiranya. Masalah sahabat saya ni satu aje dari dulu, PEREMPUAN! Nasib baik dengan saya yang perempuan ni tak bermasalah. Setakat ni, sekali aje la rasanya bergaduh yang memerlukan orang tengah tuk mententeramkan kami. But, I realize that was my false. Betulla yang dia kata saya hanya contact dia bila saya susah. Tapi, saya ada sebab buat macam tu. Sebabnya, saya tak larat nak layan perasaan cemburu bekas awek dia.  Berbalik kepada msg pepagi buta tadi, msg ny

~Mesra Desa~

Bila terkenangkan desa Rindu selalu melanda Pada ayah dan bonda sanak dan saudara Kampung halaman nun jauh di mata Kini tiba ketikanya Saat kembali ke desa Indah suasana mesra sambutannya Rasa gelora di dalam dada Terimalah buah tanganku Sekadarnya yang aku mampu Buatmu ayah dan juga ibu Tanda ingatan kasihku Meriahnya suasana desa Semuanya ramah dan mesra Dimanakah teman-teman lama Bertahun tidak bersua Ketika kenduri kendara Sekampung bagai berpesta Bertolong Bantu jiran tetangga Beramai makan bersama Berzanji di surau lama Tak sedar hari dah senja Begini caranya kemesraan desa Moga kekal selamanya Sedang asyik bercerita Melintas si gadis desa Manis senyumannya bertudung kepala Anak saudara sendiri rupanya Bergurau teruna dara Pastikan ada batasnya Adat kesopanan dan budaya bangsa Agar agama terpelihara

Anak Kucing yang Menakutkan..!

Senyap-sunyi mahallah sebab semua orang dah 2 minggu balik kampung. (bukanla semua, adalah skuad pekerja part time mahallah macam kami ni yang tinggal). Tetapi, apa yang pasti, populasi kucing lagi banyak rasanya kalau nak compare dengan populasi manusia sekarang ni... Buktinya senang aje, setiap hari apabila nak masuk bilik, pasti bergema suara ayu si Fadd ni menjerit... maklumlah, manusia ramai peminat...ada aje anak kucing yang sibuk kejar nak tangkap kaki. Anak kucing ni memang pantang nampak saya keluar, mesti macam orang gila nak kejar tangkap kaki...Adoyaii.... masih tak faham bahasa betul yang cik Fadd kamu ni sangatla "berani" memandang kamu. Ini memang fobia saya... biarla orang kata anak kucing tu cute... bagi saya anak kucing tu MENAKUTKAN. Cuba bayangkan diaorang berlari menerpa kaki, tak ke tu perkara yang menakutkan. Saya boleh lagi berdepan dengan ular, buktinya saya masih dapat pegang ular sawa di Zoo Negara, Bukit Merah Laketown atau pun semasa di Langka

Officially Retired!

shusssssssss.....pergi main jauh2.... jangan datang buat sawang disini... Lama dah tak menconteng di sini, sampai cikgu blog saya, Kak Nurul dah marah.... katanya: "Fadd, updatelah, akak nak tahu perkembangan korang melalui blog aje...nak jumpa dah susah..." jawab si pemalas nak update ni: "Kak, saya tak sempat nak update blog, sebab sekarang ni sibuk nak naik block." Bukan menipu, memang 2 minggu ni Fadd sibuk naik block. Waktu students tak ada nila nak buat semakan peralatan segala...kalau diaorang ada, susahla nak bawa pekerja lelaki naik sekali. Sebelum sibuk naik block....sibuk berperang dengan pen dan kertas, jawab examla... Sebenarnya, saya hilang semangat sebab Kak Nurul dah pindah. Tinggalkan saya terkapai-kapai disini.... Uwaaaa... (sedihla jugak, teman berblog dah tak leh jumpa selalu, tapi happy sebab dia dapat offer yang lebih baik) Dalam kesibukkan segala, masih sempat pergi bercuti...hooyaaaaaaaaaaaai... tak la jauh sangat perginya: ke P

Asrama, songkok dan Si Bongsu

Assalamualaikum. Sengaja aje kan nak buat tajuk entry macam aku, dia dan tong sampah .(telemovie lakonan Beto Khusairy dan Siti Saleha). Sebenarnya nak cerita tentang ragam hari pertama persekolahan. 01 Januari 2013. Adik bongsu saya dan hanya dia yang masih bersekolah selamat didaftarkan di asrama. Tak tahu macam mana keadaannya sebab si Bongsu ini manja yang amat. Kakak doakan yang baik-baik ajelah yer untuk kamu Danish. Pesanan dari jauh aje yang dapat kakak titipkan supaya belajar rajin-rajin. Bukan senang nak masuk sekolah agama tu. jadi dah dapat masuk buat betul-betul. Kakak sedang bertikam pen dan dihempap buku ni. Berperang menghadapi final exam. Jadi, tak boleh balik hantar kamu untuk ke asrama. 02 januari 2013 (hari ini) 08.30 pagi kakak menerima pesanan sms daripada mak. "Kakak ok tak kat sana. Duit ada lagi tak? adik mak dah hantar masuk asrama semalam. Pagi-pagi tadi dia dah sibuk call bagitahu yang songkok dia hilang." gambar sekadar hiasan