Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Pantun Melayu Lama:)

  Pantun Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi a. Milik melayu asli.  Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puis yang lahir daripada maysarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya. b. Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu. c. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya. d. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun terkenal di kalangan orang tua, orang muda dan  kanak-kanak. e. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya f. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus dan berkesan. Ini sesuai dgn jiwa masyarakat melayu yang suka mendidik secara halus. g. Mudah dicipta secara spontan h. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu Nota :  perlu kemukakan contoh dalam menjawab soalan.   Ciri-ciri kelebihan pantun a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap.  Ciri ini tidak terdapat

Teratai

masih dalam mood Ramli Sarip. Terasa terngiang-ngiang lagu teratai ini di telinga saya. jom layan lagu ni .... gerenti terimbau kenangan dulu-dulu... Teratai Oh teratai bunga indah Engkaulah pujaan hatiku Telah lama aku rindukan Wahai teratai bunga indah Sungguh cantik wajahmu Sinar matamu bagaikan suria pagi Setiap insan selalu terpikat Memandang teratai bunga indah Ku tak menyangka Wahai terataiku sayang Badai taufan mendatang Menghembus dirimu Engkau pun terkulai Dan merunduklah layu Tak berseri lagi Oh tolong, lindungilah dia Agar ku dapat bersamanya lagi Ku inginkan terataiku sayang Berseri seperti semula Teratai bunga indah   [ Lyrics from: http://www.lyricsfreak.com/r/ramli+sarip/teratai_20736907.html  ]  

peribahasa melayu yang jarang dengar..

Jilah kening maksudnya riang gembira. Minyak setitik dilaut tinbul juga maksudnya orang baik tetap mulia walaupun dimana berada. Peribahasa ini sama seperti kalau asal benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, tercampak ke bukit menjadi gunung. Tidak sungguh seluang melaut, akhirnya ke tepi jua maksudnya merajuk dengan keluarga sendiri tidak kemana. Kita selalu mendengar carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua dan air yang dicincang tak akan putu s. Sepuluh jong kapal berlabuh, anjing tetap bercawat ekor maksudnya orang yang tertutup pemikirannya dan tidak dapat menerima perubahan dan pembaharuan.yang selalu digunakan orang seperti katak bawah tempurung. Laksana mengajar anak harimau maksudnya lekas pandai atau senang diajar Seperti kunyit dengan kapur maksudnya mudah mesra Laksana menggantang asap, mengukir langi t maksudnya membuat pekerjaan yang sia-sia Laksana menggigit tangan yang menyuapkan nas i maksudnya tidak mengenang budi. kita selalu dengar perib

Bukan Kerna Nama

Saya suka sangat dengar lagu Ramli Sarip yang pada saya membawa maksud yang mendalam kalau kita hayati bait-baitnya dengan teliti. Inilah yang dikatakan orang, buka mata dan telinga serta lapangkan hati untuk terima mesej yang disampaikan . jadi, jom jamu mata tuk baca dan hayati lirik BUKAN KERNA NAMA.  bagi yang tahu macam mana nak melagukannya, jangan malu dan segan tuk menyanyi yer, tapi kalau baca entri saya ni di waktu kerja,  sila lupakan niat anda untuk menyanyi di sini yer, bimbang anda akan ditegur boss pulak nanti.   Bukan Kerana Nama Jangan kau pandang bibir yang manis Kerana dia bisa menghancurkan Jangan kau pandang wajah yang indah Kerana dia bisa meracunmu ( korus ) Dengarlah hai teman Dengarkan bersama Aku menulis bukan kerna nama Kerna sifat kasih Pada sesama insan Dan menyatakan kasih sayangmu Kita sama semuanya sama Apa yang ada hanyalah kehidupan Jangan kau dengar puisi dusta Kerana dia bisa merosakkan jiwamu Dengarkanlah puisi di pusaka

Mee Kari ayam

Ini menu hari ni. Pernah dengar tak menu macam ni? Nak cuba? senang aje.... Sila buka beg duit anda dan lihat berapa RM yang anda ada... bajet tak perlu banyak pun...RM10 dah cukup tuk semangkuk mee kari ayam ni... kalau cukup, sila bergerak ke kafe yang ada jual mee kari dan nasi ayam serentak... SO....... Order ajerla... cakap kat mak cik tu, "saya nak mee kari, lepas tu mak cik isi ayam nasi ayam tu yer" senangkan....masa tuk menikmati hidangan... silakan :)

i'm new here