Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ~1001 ragam~

Alahai Mak....

Permohonan cuti telah diluluskan oleh bos kesayangan. Jadi, berangkatlah pulang anak mak dan ayah ni ke tanah jajahan mak. Sewaktu menunggu bas yang dijangka bergerak meninggalkan Kotaraya Kuala Lumpur ni, bonda kesayangan call mengarahkan saya menukar haluan ke Temerloh, sedangkan tiket yang ada ditangan menunjukkan saya harus pulang ke tanah jajahan mak. Apakah mak memutuskan untuk melawat tanah jajahan mak long? Persoalan yang timbul, anakanda mak ni tak bawa baju barang sehelai pun. Beg pakaian yang besar ni hanya dipenuhi dengan cadar dan selimut yang tak nak guna lagi. Tipu, ada baju 'koperat' dalam beg ni beserta seluar jeans sehelai. Apa kes nak pakai baju 'koperat' bagai kat rumah mak long nanti. Setelah membuat timbang tara dan berfikir buruk baik keadaan, saya dan mak memutuskan agar adinda kesayangan saya iaitu Aimi yang akan menemani mak ke Temerloh untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Ayah tak dapat teman mak sebab partner ayah baru aje accident dihempap...

Aish.......saya tak nak kahwin lagi!

Serius, tugasan untuk PP1 (Profesional Practice 1) ni buat saya ter:) dan jatuh rahang mencecah dagu.... Gulp....nasib baik tak ada lalat yang sudi singgah tadi...kalau tak, tempah satu katil kat HKL la nampaknya. "Okay Class, while you fulfill the form, please listen to me. I want all of you to collect the signature of all lectures that under Legal Practices Department." ayu aje suara madam kami ni berkata... kesannya: rata2 macam fadd, jatuh rahang n spontan mulut kata "WHAT" "did you know all the lectures in Legal Practices Department? Did the lecturers know you? The answer is no right? Thus grab this opportunity to know them." Dengan itu, berjalanla kami dengan ketawa2 alah gitu sebab teringat minggu suai kenal asrama dolu2, pergi cari signature abang n kakak senior. Ni, kat sini, dah jadi senior pulak kena cari lecture. Aish...nak introduce diri pulak tu. Jangan ingat mudah untuk dapatkan tanda tangan yer... Think of yourself and please s...

Anak Kucing yang Menakutkan..!

Senyap-sunyi mahallah sebab semua orang dah 2 minggu balik kampung. (bukanla semua, adalah skuad pekerja part time mahallah macam kami ni yang tinggal). Tetapi, apa yang pasti, populasi kucing lagi banyak rasanya kalau nak compare dengan populasi manusia sekarang ni... Buktinya senang aje, setiap hari apabila nak masuk bilik, pasti bergema suara ayu si Fadd ni menjerit... maklumlah, manusia ramai peminat...ada aje anak kucing yang sibuk kejar nak tangkap kaki. Anak kucing ni memang pantang nampak saya keluar, mesti macam orang gila nak kejar tangkap kaki...Adoyaii.... masih tak faham bahasa betul yang cik Fadd kamu ni sangatla "berani" memandang kamu. Ini memang fobia saya... biarla orang kata anak kucing tu cute... bagi saya anak kucing tu MENAKUTKAN. Cuba bayangkan diaorang berlari menerpa kaki, tak ke tu perkara yang menakutkan. Saya boleh lagi berdepan dengan ular, buktinya saya masih dapat pegang ular sawa di Zoo Negara, Bukit Merah Laketown atau pun semasa di Langka...

Officially Retired!

shusssssssss.....pergi main jauh2.... jangan datang buat sawang disini... Lama dah tak menconteng di sini, sampai cikgu blog saya, Kak Nurul dah marah.... katanya: "Fadd, updatelah, akak nak tahu perkembangan korang melalui blog aje...nak jumpa dah susah..." jawab si pemalas nak update ni: "Kak, saya tak sempat nak update blog, sebab sekarang ni sibuk nak naik block." Bukan menipu, memang 2 minggu ni Fadd sibuk naik block. Waktu students tak ada nila nak buat semakan peralatan segala...kalau diaorang ada, susahla nak bawa pekerja lelaki naik sekali. Sebelum sibuk naik block....sibuk berperang dengan pen dan kertas, jawab examla... Sebenarnya, saya hilang semangat sebab Kak Nurul dah pindah. Tinggalkan saya terkapai-kapai disini.... Uwaaaa... (sedihla jugak, teman berblog dah tak leh jumpa selalu, tapi happy sebab dia dapat offer yang lebih baik) Dalam kesibukkan segala, masih sempat pergi bercuti...hooyaaaaaaaaaaaai... tak la jauh sangat perginya: ke P...

Asrama, songkok dan Si Bongsu

Assalamualaikum. Sengaja aje kan nak buat tajuk entry macam aku, dia dan tong sampah .(telemovie lakonan Beto Khusairy dan Siti Saleha). Sebenarnya nak cerita tentang ragam hari pertama persekolahan. 01 Januari 2013. Adik bongsu saya dan hanya dia yang masih bersekolah selamat didaftarkan di asrama. Tak tahu macam mana keadaannya sebab si Bongsu ini manja yang amat. Kakak doakan yang baik-baik ajelah yer untuk kamu Danish. Pesanan dari jauh aje yang dapat kakak titipkan supaya belajar rajin-rajin. Bukan senang nak masuk sekolah agama tu. jadi dah dapat masuk buat betul-betul. Kakak sedang bertikam pen dan dihempap buku ni. Berperang menghadapi final exam. Jadi, tak boleh balik hantar kamu untuk ke asrama. 02 januari 2013 (hari ini) 08.30 pagi kakak menerima pesanan sms daripada mak. "Kakak ok tak kat sana. Duit ada lagi tak? adik mak dah hantar masuk asrama semalam. Pagi-pagi tadi dia dah sibuk call bagitahu yang songkok dia hilang." gambar sekadar hiasan ...

Please, be sensitive to other :)

Assalamualaikum... tujuan saya menaip entri ini adalah untuk berkongsi apa yang saya rasa.. saya tak pandai nak sampaikan apa yang saya rasa dalam bentuk lain, cuma dengan tulisan saya kira medium terbaik tuk saya berkongsi rasa hati... ingin berkongsi tentang apa yang kita sampaikan, apa yang kita pertuturkan, mungkin mengguris hati si penerima message... apa yang selalu saya perhatikan,  di kampung saya kira, terlalu mengambil berat isunya.. terlalu menjaga dan mengambil berat sehingga mungkin telah menyentuh hak privasi orang, sebagai contoh, dalam isu jodoh... janganlah terlau kerap bertanya "bila nak kahwin?", "dah ada orang dah ke?" itu pertanyaan kepada yang belum menunjukkan tanda nak menamatkan zaman bujangnya. sedikit sebanyak, tak terfikirkah dek akal fikiran kita yang pertanyaan kita tu mungkin menyebabkan pihak di sebelah sana berasa tidak selesa.. bukan semua perkara boleh diambil mudah... malah tahap terasa pu...