Assalamualaikum...
tujuan saya menaip entri ini adalah untuk berkongsi apa yang saya rasa..
saya tak pandai nak sampaikan apa yang saya rasa dalam bentuk lain,
cuma dengan tulisan saya kira medium terbaik tuk saya berkongsi rasa hati...
ingin berkongsi tentang apa yang kita sampaikan,
apa yang kita pertuturkan,
mungkin mengguris hati si penerima message...
apa yang selalu saya perhatikan,
di kampung saya kira,
terlalu mengambil berat isunya..
terlalu menjaga dan mengambil berat sehingga mungkin telah menyentuh hak privasi orang,
sebagai contoh, dalam isu jodoh...
janganlah terlau kerap bertanya "bila nak kahwin?", "dah ada orang dah ke?"
itu pertanyaan kepada yang belum menunjukkan tanda nak menamatkan zaman bujangnya.
sedikit sebanyak, tak terfikirkah dek akal fikiran kita yang pertanyaan kita tu mungkin menyebabkan pihak di sebelah sana berasa tidak selesa..
bukan semua perkara boleh diambil mudah...
malah tahap terasa pun berbeza bagi setiap manusia...
mungkin perkara yang kita rasa tidak patut terasa tu merupakan perkara yang sensitif untuk orang tu..
ye lah, seperti aplikasi "Reasonable Man Test"
kita tak boleh letakkan si tertuduh dalam keadaan kita,
kita yang perlu letakkan diri kita dalam keadaan dia...baru betul
berbalik kepada isu terlalu mengambil berat tadi,
mungkin di depan kita, insan yang ditanya tadi beriak seperti tidak ada apa2,
di hati, siapa kita nak menduga kolam hati dia...
apa yang dia rasa,
rasa manis madu atau pahitnya hempedu...
apa pula perasaan ibu bapa dia?
sedikit sebanyak tercalar jua saya kira..
even worse if ibu dan anak tu bertegang urat sebab pertanyaan kita...
dah, sedar atau tidak, kita dah rosakkan hubungan kekeluargaan orang...
Sepatutnya, kita kena percaya yang Ajal, Maut, Jodoh dan Pertemuan tu urusan Allah...
percaya yang semua itu rahsia Allah...
Selayaknya, kita sebagai hambanya tolong mendoakan agar jodohnya disegerakan ...
bukan menhujani beliau dengan semacam persoalan yang bukan2...
kalau masih mahu bertanya, boleh!
Tetapi, bukan di depan khalayak...
seeloknya ditanya apabila berada berdua dengan dia sahaja..
Maaf, jikalau terganggu dengan apa yang saya cuba sampaikan...
mungkin apa yang saya sampaikan ini dekat dan hampir dengan kita...
perkara biasa yang berlaku setiap hari barangkali...
cuma,
Please be sensitive to others,
jaga pertuturan dan tingkah laku,
supaya tidak ada yang terguris hati dengan perlakuan kita....
ps:
pesanan ini juga untuk saya...yang sentiasa ada khilaf dalam pertuturan dan perlakuan:(
bagi yang dah berkahwin...tak perlu ler tanya dah ada anak ke blum kalau nampak dia dtg berdua je..sekadar menambah :(
ReplyDeleteBetul lah tu Deela. Sejak kakngah dah bertunang ni, saya asyik dihujani persoalan "Aisyah bila lagi?" Ish, tak best betul. Saya dapat jawab dengan senyuman je. :)
ReplyDeleteaisyah jawab aje macam deela jawab: "esok"
ReplyDelete