Assalamualaikum.
Hari ini merupakan hari terakhir kita berada di Tahun 2012. Dah tertunaikah azam tahun lepas? Dah ada tak azam untuk tahun baru ni?
Saya?
Alhamdulillah, ada yang tertunai, ada yang tak. Kita manusia hanya boleh merancang, sedangkan Allah sudah punya perancangan buat kita.
Tahun ini, saya punya banyak cerita suka duka. Semakin bertambah tahun, semakin bertambah kawan. Alhamdulillah, Allah tak uji saya dalam kesunyian tanpa teman. Syukur juga ke hadrat Ilahi, teman-teman yang dipertemukan dari kalangan yang baik-baik. Bukan dari kalangan yang berkawan untuk mendapat kepentingan dari kita cuma.
Tahun ini juga saya dapat banyak anak sedara. Antaranya, Kak Long, yang bagi saya baby girl yang sangat comel. Tapi sayang, Acik Fadd tak berkesempatan ke Melaka untuk melawat sayang. Nanti kita jumpa yer.
Kak Ngah, Sue pula bagi saya anak lelaki. Baby Rafi, ummi dah janji nak bawa baby jumpa Acik Fadd di Taman Ilmu dan Budi ni. Acik Fadd tunggu tau.
Sebelum praktikal hari tu, masa final exam last semester, lagi satu paper nak habis... roommate saya dari semester pertama selamat melahirkan seorang baby yang comel lagi sihat. Nur Izzatul Husna binti Anas selamat menjenguk dunia saat uminya punya dua paper lagi mahu dihadap. Anak universiti ni. Kenangan manis dan pengalaman yang paling berharga yang tak mungkin saya lupa. Ye lah, saat pertama menghadapi saat-saat kelahiran. Acik Fadd akan kenang pengalaman kelahiran Husna. Jadi anak yang soleh yer sayang.
Ramadhan 2012, saya dikurniakan seorang lagi anak buah. Kakak sepupu saya selamat melahirkan seorang Adam. Namun, janji Allah itu pasti. Ajal maut kan rahsiaNya. Adam dilahirkan tanpa tempurung kepala. Adam survive lebih kurang 2 jam sahaja. Mama dan Papanya tabah menghadapi pemergian Adam. Pasti, kenangan manis mengerjakan umrah bertiga saat Adam berkongsi nyawa dengan mamanya jadi pengubat rindu mereka berdua.
Seorang lagi kakak sepupu saya, menghadiahkan baby boy kepada keluarga kami. Memang kuat gen lelaki nampaknya keluarga sebelah mak. Semua yang hadir lelaki, kesianla kat Acik Fadd ni yang kepingin nak pakaikan baju gaun yang cantik2 tu kat baby girl. Acik Fadd pakaikan kat baby Mardhiah di Melaka dan baby Maira ajela.
Lupa nak cerita pasal baby Maira. Baby Maira anak Shima, officer di pejabat saya. Senang sangat nak jaga. tidur aje. Macam manalah yer nak tinggal dengan pengasuh lepas ni. Esok mamanya kena masuk office dah. Cuti bersalin dah habis!.
Hari ini, selepas penat perah otak menjawab Company Law, pulang dan singgah di office sebentar. Ada berita gembira menanti.
Ex-president Mahallah saya dah selamat melahirkan baby boy. Penutup tahun 2012. Tahniah buat Kak Nurul dan suaminya Eri atas kelahiran cahaya mata yang dinanti. Tak sabar nak pergi melawat. Tunggu Acik Fadd tau!
ps: 2013, usiamu makin meningkat wahai Fadd. Ramai penerus warisan dan pejuang-pejuang agama yang hadir, Namun jangan dilupa yang pergi. Al-fatihah buat arwah Pak Long Mat dan Wa Akil.

Comments
Post a Comment