Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Perlu Kamu (Titik)

Aku masih perlu kamu untuk berdiri gagah saat aku rebah Aku masih perlu kamu untuk kekal utuh saat airmataku luruh Aku masih perlu kamu untuk terus diam  saat ammarahku mencengkam Aku masih perlu kamu untuk bekalkan nasihat  agar jalanku tidak sesat Aku Masih Perlu Kamu! Aku masih perlu kamu untuk tumpangkan bahu agar aku selesa disitu Aku masih perlu kamu untuk dengar candaku agar bisa ketawa bersamaku Aku masih perlu kamu temani hari-hariku agar ia tidak hitam dan kelabu Aku masih perlu kamu untuk setia disisi saat kecewa menjengah hati Aku masih perlu kamu untuk terus bertahan saat aku pergi jumpa TUHAN agar bisa kau tenangkan hati-hati insan  yang aku tinggalkan.....

Qu0te.

LeLaKi ^0^

Dendangan Yuna; Kau fikir kau siapa Cinta ini kau buang saja Ku tak perlukan memori Dan kau tak perlu kembali Kau fikir ku apa Siang malam engkau yang punya Kau datang dan kau pergi Kau buat aku begini Oh lelaki Tak guna ku berikan semua Banggakah dirimu Kekasihmu sahabatku Rupanya selama ini Dia menaruh hati Kadang kala aku terfikir Kau berikannya janji yang sama Dan kau katakan padaku Sepuluh tahun yang lalu Oh lelaki Tak guna ku berikan semua Ini rupanya kau balas kembali Semua yang ku beri Tak pernah mencukupi Kau bukan lagi yang aku kenali Perempuan seperti ku Tak ingin bersamamu Dahulu kau bukan begini Kau hancurkan hati Ku yakin dahulu Kau bukan kau bukan kau bukan Oh lelaki Tak guna ku berikan semua Oh lelaki Tak guna ku berikan semua Lelaki lelaki Tak guna tak guna tak guna Siti pula berdendang; Telah berdiri seorang lelaki Hidup berbekal kecekalan diri Walau menghadapi sejuta cabaran

22.04.1988

Pada tarikh ini, saya dilahirkan ke dunia. Teringat catatan ayahanda tercinta dalam diarinya yang saya curi baca waktu ditugaskan untuk menyusun diari-diari lama beliau dan mencari beberapa dokumen penting. Lewat catatan ayahanda; 22 April 1988. Puteri sulungku lahir kedunia dengan berat 2.75 kg. Kini telah bergelar seorang ayah. Catatan seorang bapa di dalam diarinya. Memang tak sepuitis guru bahasa, jauh lagi mahu menyamai saterawan negara yang mampu menulis bahasa berbunga-bunga, Namun, di hati anak yang ini, cukup berbunga bahasa ayahanda saya yang berkerja dalam bidang teknikal ini.  Pada tarikh ini, bonda yang saya sayangi melahirkan saya dengan jerih. Saya dilahirkan pada waktu pagi. Tidak dapat saya bayangkan sakit yang ditempuhi. Saya puteri sulung dan kelahiran saya merupakan pengalaman pertama melahirkan bagi bonda. Dilahirkan dalam bulan Ramadhan, pastinya bonda terpaksa menempuh tempoh berpantang dalam bulan puasa. Sepanjang bulan puasa ini, bonda tidak dapa

One More Thing

So many things to do, Every single day! One more dish to wash, Laundry to put away. One more paper to write, A book to return. Parents, teachers, classmates, friends, Lost buttons and broken zippers to mend. One more book to read, Practice to attend. One more person to meet, An important note to send. One more appointment to keep, A part-time job; gotta have money to spend. Just one more thing to do, Every single day! Jennifer Leigh Youngs. (Chicken Soup for Soul)

WARIS MASA HADAPAN.

Faris, Mia dan Annisa Buat semua buah hati mak long, selamat tahun baru dan teruskan melangkah wahai anak-anak ku. Hadapilah tahun baru ini dengan senyuman dan permudahkan urusan kedua-dua ibu bapamu.Sedarlah anak-anak buahku, ibu bapamu sedaya upaya mencuba menyediakan keperluanmu dalam lelah dengan bebanan barang keperluan yang semakin hari semakin membebankan. Namun percayalah, sedikit pengertian darimu merupakan penawar paling mujarab buat mereka. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari buat mereka. Jangan lupa doakan mereka lewat solatmu, doakan keduanya sentiasa dalam peliharaan Allah yer sayang. Moga lelah membesarkanmu menjadi kenangan indah buat keduanya lewat usia tua mereka. Kamu semua makin meningkat dewasa, sudah perlu bersolat dan menutup aurat sayang. Jagalah auratmu sebaiknya, Kedua ibu bapamu akan dipersoalkan tentang auratmu nanti. Sayangkan abah dan mak kan Faris? Mia dan Annisa pun sayangkan Mummy dan Abah kan? Jaga air muka mereka. Maruah mereka. Pendek kata, ja