Permohonan cuti telah diluluskan oleh bos kesayangan. Jadi, berangkatlah pulang anak mak dan ayah ni ke tanah jajahan mak. Sewaktu menunggu bas yang dijangka bergerak meninggalkan Kotaraya Kuala Lumpur ni, bonda kesayangan call mengarahkan saya menukar haluan ke Temerloh, sedangkan tiket yang ada ditangan menunjukkan saya harus pulang ke tanah jajahan mak. Apakah mak memutuskan untuk melawat tanah jajahan mak long? Persoalan yang timbul, anakanda mak ni tak bawa baju barang sehelai pun. Beg pakaian yang besar ni hanya dipenuhi dengan cadar dan selimut yang tak nak guna lagi. Tipu, ada baju 'koperat' dalam beg ni beserta seluar jeans sehelai. Apa kes nak pakai baju 'koperat' bagai kat rumah mak long nanti.
Setelah membuat timbang tara dan berfikir buruk baik keadaan, saya dan mak memutuskan agar adinda kesayangan saya iaitu Aimi yang akan menemani mak ke Temerloh untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Ayah tak dapat teman mak sebab partner ayah baru aje accident dihempap motorsikalnya sendiri (saya pun pening kepala macam mana keadaan ni terjadi). kenapa saya pening kepala? Pak cik ni dihempap motorsikalnya buakan di kaki, tetapi di tengkuknya. Kesian, so ayah kena take over ternakan mereka. Amirah, tak boleh teman mak, dia kena jaga haiwan dalam feed lot bawah seliaan dia. Dia aje yang tahu diet haiwan2 tersebut. Abang? Dia kena bantu ayah. Jadi, yang paling layak Aimi la jawabnya.
Masalahnya, Aimi kan kerja dengan Mak Teh. Siapa yang nak ganti dia. Tak ada orang lain dah. Insan yang tengah tunggu bas nak balik tanah jajahan mak ni la yang kena. :)

Maka, kepulangan saya pada hari Ahad dimana bertujuan untuk berehat bertukar menjadi kerja yang agak penat. Saya yang jujurnya agak lemah dan longlai bila berdepan bab2 di dapur terpaksa bertarung dengan pisau dan periuk belanga.
Tetapi, yang lucunya, beria-ia kami semua buat pembahagian tugas, check-up mak hanya mengambil masa 5 minit aje! Perjalanan ke Temerloh aje ambil masa 2 jam lebih. Sebabnya, mak kesayangan saya ni kata kat doktor yang bertugas "Everything OK. Mak Cik sihat dah." Mak saya memang menantu yang baik. Kenapa? Mak mertua kesayangannya yang mengajar beliau berkata begitu. Almaklumlah, nenek kesayangan saya yang jadi peneman. Sebelum doktor buat pemeriksaan, mak mertua mak check mak terlebih dahulu:) Dimaklumkan, nenek saya memang seorang yang fobia dengan hospital sehingga beliau pernah berpesan, kalau sakit jangan hantar ke hospital, biar aje dia meninggal di rumah. Jadi, nasihat beliau mestilah berkisar kepada menjauhkan diri dari hospital. So, the rest is history:)
Ayah kata: "patutnya kita tak yah hantar mak check sampai ke Temerloh. Sepatutnya, drop aje mak kat Jerantut, jumpa aje mertua, mak sihat dah"
Kata-kata ayah betul lagi benar! Buktinya, mak dan Wan (panggilan kami untuk nenek) ber 'shopping' sakan sekembalinya dari HoSHAS. :)
dan........
yang tentunya sakit sekarang, POKET Ayah!
Comments
Post a Comment