Permohonan cuti telah diluluskan oleh bos kesayangan. Jadi, berangkatlah pulang anak mak dan ayah ni ke tanah jajahan mak. Sewaktu menunggu bas yang dijangka bergerak meninggalkan Kotaraya Kuala Lumpur ni, bonda kesayangan call mengarahkan saya menukar haluan ke Temerloh, sedangkan tiket yang ada ditangan menunjukkan saya harus pulang ke tanah jajahan mak. Apakah mak memutuskan untuk melawat tanah jajahan mak long? Persoalan yang timbul, anakanda mak ni tak bawa baju barang sehelai pun. Beg pakaian yang besar ni hanya dipenuhi dengan cadar dan selimut yang tak nak guna lagi. Tipu, ada baju 'koperat' dalam beg ni beserta seluar jeans sehelai. Apa kes nak pakai baju 'koperat' bagai kat rumah mak long nanti. Setelah membuat timbang tara dan berfikir buruk baik keadaan, saya dan mak memutuskan agar adinda kesayangan saya iaitu Aimi yang akan menemani mak ke Temerloh untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Ayah tak dapat teman mak sebab partner ayah baru aje accident dihempap...
keruh di dasar jangan dipamer; biar tenang kelihatan di permukaan