Skip to main content

I will there for you....:)



"i will there for you"...
sedang enak menaip dan berfacebooking tadi petang, kami dapat dedikasi dari seorang yang tak dikenali.. wah, bukan main seronok lagi dia menyanyi di depan pintu office kami... lepas menyanyi di depan pintu office, dia ke student lounge pulak..

hati mak cik pun jadi tak sedap. ye la, dah lepas office hour, dalam kul 6.15 pm macam tu.. kelihatan dari cara berpakaian, waras aje orangnya..hensem pulak tu..huhu~ siap pakai selendang "Save Palestin" lagi. Student di students lounge pun dah mula bising sebab tak kenal lagi ni sape... lagipun, kawasan kami ni territory for women only...nape tetiba ada lelaki pula...

so, memandangkan mak cik ni mempunyai curiosity yang tinggi dan rasa bertanggungjawab menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak buah di dalam jajahan mak cik, mak cik dengan seorang lagi staff pun follow la mamat ni...macam kata encik digi, "I follow you...", followla sangat kan...

follow and follow, mamat ni masuk kiosk and start nyanyi kat sisters yang ada dalam kiosk tu...mak cik pun masuk kiosk and pura2 baca surat khabar dalam tu... bukan apa, mak cik takut dia kacau budak2 kat situ, lagi pun kami tak tau sape mamat ni... sibuk menyanyi tak tentu hala.

tiba-tiba, jeng3x...
 mak cik nampak seorang pak guard melambai mak cik minta mak cik keluar... mak cik pun keluarla, tengok apa cer?... pak cik tu pun sebenarnya tengah mengekor mamat tu... mamat tu ada masalah mental sikit...dia student kami juga..kami usha aje la mamat tu dari jauh sambil tunggu bantuan dari geng pak guard yang lain....datangla satu rombongan pak guard...(ala2 rombongan cik kiah macam tu), menjemput mamat ni pulang...

jadila sesi pujuk memujuk di antara mereka.. salah seorang mak cik guard tu datang pada kami dan pesan kalau dia datang lagi, cepat2 telefon post kawalan...memang hari tu mereka sibuk passing baton jaga dia sorang supaya jangan kacau students lain...

kasihan mak cik tengok dia...mak cik percaya dia ni baik budaknya, tu la ujian Allah tuk dia dan keluarga dia...dan juga ujian untuk kami supaya bersabar dengan kerenah dia... apa yang mak cik boleh cakap, guards semalam pujuk dia dengan cara yang betul...sedikit pun tak berkeras, pak cik yang sorang tu tepuk2 bahu mamat ni, sembang dengan dia cara kawan suruh dia balik berehat...layan dia sembang tentang jihad dan apa lagi ntah... apa yang mak cik boleh cakap, "Terima Kasih,  menjaga keselamatan kami seperti menjaga kelurgamu sendiri. Terima kasih pak cik dan mak cik guard. jasa kalian dikenang..."

yang pasti, mereka ni yang sentiasa ada untuk kami. sekali lagi, terima kasih untuk "being there for us:)"





Comments

Popular posts from this blog

Aku, Tofu Stim dan Tong Gas

 Aku. Hari ini, dos kedua Aztra Zaneca setelah menahan rindu selama dua bulan dari tarikh pernyatuan pertama kali pada 26 june yang lalu. Harini aku cuti. Entah, tak sabar nak dapat vaksin  kedua ni kot. Maka, aku seakan 'looking forward' nak buat apa waktu cuti ni. Siap call kawan aku, Mama Bell nak minta resipi tofu stim tu.  Tofu Stim. Akibat tergoda dengan gambar tofu stim hasil buatan Mama Bell, dengan rasa rendah diri, aku menelefon Mama Bell minta resipi. Setelah vaksin, bergegas ke mini market beli barang-barang nak masak Tofu stim. Sampai mini market, segala bahan dibeli.. yg tak patut pun masuk bakul jugak. Lebih kurang jam 6.00 petang, bermula la sesi memasak tofu stim, tengah tunggu air menggelegak, nak stim tofu, gas Habis. Tong Gas. Kenapa saat anda diperlukann sebegini, anda kehabisan gas meninggalkan tongnya sahaja. Setelah dikaji selidik, gas ni dibeli pada bulan februari yang lalu. Buat kata dia yang jauh di Grik, dah sampai masa dah you. Maka, kita tangguh ur

Mee Kari ayam

Ini menu hari ni. Pernah dengar tak menu macam ni? Nak cuba? senang aje.... Sila buka beg duit anda dan lihat berapa RM yang anda ada... bajet tak perlu banyak pun...RM10 dah cukup tuk semangkuk mee kari ayam ni... kalau cukup, sila bergerak ke kafe yang ada jual mee kari dan nasi ayam serentak... SO....... Order ajerla... cakap kat mak cik tu, "saya nak mee kari, lepas tu mak cik isi ayam nasi ayam tu yer" senangkan....masa tuk menikmati hidangan... silakan :)

MaxKleen9

 hahahah...  Mesti ingat saya nak cerita pasal sabun kan. Tak! Iklan sabun ni buat saya tersenyum. Dimulakan dengan ketakutan seoarang kanak-kanak pabila pulang kerumah, terdapat seekor harimau sedang memerhatikannya. Ngauman harimau tersebut buat dia menciut lari masuk kerumah. Tetiba, datang seekor gajah menampalkan plaster pada luka kanak-kanak tersebut.  Siapa Harimau dan Gajah tu?  Iklan ini menggambarkan harimau dan gajah tu sebagai sifat seorang ibu. Harimau lambang tegasnya sang ibu mendidik anak-anak. Namun, dalam tegasnya terdapat sifat gajah yang melindungi dan hangat memberi pelukan. Tanpa sedar, saya setuju dengan iklan ini. Ye, selaku ibu, ketegasan perlu dalam mendidik. Namun, dalam tegas ada kelembutan yang menyiram hati anak-anak dengan kasih dan sayang yang tak bertepi.  Kata pujangga, anak-anak yang lahir itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya.