Skip to main content

Betul Ke?

Cuti Tahun baru cina baru aje berlalu, banyak kenduri kahwin yang berlangsung. Alhamdulillah, ramai yang terpanggil untuk mendirikan masjid. Saya aje punya 5 jemputan ke walimah pada minggu raya cina ini. Anda pula bagaimana?

Saya terpanggil untuk membincangkan isu ini. Betul ke, kalau curi satu helai sireh junjung tu, nanti jodoh kita pula sampai? Pada perkiraan saya, sungguh tidak Islamic adat ini. Ada pula nak minta jodoh disuruhnya mencuri. Not in line with Syariah Appliance ni. Hurm....apalah kait mengait daun sireh tu dengan jodoh?

Pada perkiraan saya yang hina-dina ini, saya percaya pada janji Allah. Sudah tersedia 'beliau' yang akan menjadi peneman saya. Tak perlu rasanya terhegeh-hegeh menampilkan muka, sangat tidak mahu dikatakan, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Dan, sunguh2 tidak patut sampai perlu mencuri daun sireh didalam jambangan sireh junjung orang untuk mendapatkan jodoh. Kan susah tu. Kalau tertangkapkan malu.!

Islam kan dah ajar, mahu sesuatu, mahu mengadu, turn to Allah. He always there for you. Thus, tak perlulah nak curi sireh junjng bagai kalau rasa nak sangat kahwin. Doalah pada Dia, minta disegerakan pertemuan dengan 'beliau' dalam ikatan yang cukup suci dimana akadnya bersaksikan Dia.

ps: Betul ke? Hati saya sudah tak terasa apa2 bila soal kahwin diajukan kepada saya. Sebab saya tahu, mereka yang bertanya sayangkan saya. Dan buat mak yang sangat kakak sayang, jawapannya sama: "kakak tak pikir lagi sebab banyak lagi yang kakak nak kejar. Bila tiba saat dan ketika, sudah ada 'beliau' yang terus datang bertanya pada mak dan ayah, insya Allah, kakak akan fikirkan sedalamnya."

Comments

  1. Pernah dengar gak pasal curik sireh tu. Tak pernah take serious pun benda tu. Dah tentu2 mengarut. Jadik bahan ketawa je ada la masa pestyme dengar tu :D

    Muga jodoh didekatkan :D

    ReplyDelete
  2. Liyaa Mf: terima kasih atas doa.:D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Tofu Stim dan Tong Gas

 Aku. Hari ini, dos kedua Aztra Zaneca setelah menahan rindu selama dua bulan dari tarikh pernyatuan pertama kali pada 26 june yang lalu. Harini aku cuti. Entah, tak sabar nak dapat vaksin  kedua ni kot. Maka, aku seakan 'looking forward' nak buat apa waktu cuti ni. Siap call kawan aku, Mama Bell nak minta resipi tofu stim tu.  Tofu Stim. Akibat tergoda dengan gambar tofu stim hasil buatan Mama Bell, dengan rasa rendah diri, aku menelefon Mama Bell minta resipi. Setelah vaksin, bergegas ke mini market beli barang-barang nak masak Tofu stim. Sampai mini market, segala bahan dibeli.. yg tak patut pun masuk bakul jugak. Lebih kurang jam 6.00 petang, bermula la sesi memasak tofu stim, tengah tunggu air menggelegak, nak stim tofu, gas Habis. Tong Gas. Kenapa saat anda diperlukann sebegini, anda kehabisan gas meninggalkan tongnya sahaja. Setelah dikaji selidik, gas ni dibeli pada bulan februari yang lalu. Buat kata dia yang jauh di Grik, dah sampai masa dah you. Maka, kita tangguh ur

Aish.......saya tak nak kahwin lagi!

Serius, tugasan untuk PP1 (Profesional Practice 1) ni buat saya ter:) dan jatuh rahang mencecah dagu.... Gulp....nasib baik tak ada lalat yang sudi singgah tadi...kalau tak, tempah satu katil kat HKL la nampaknya. "Okay Class, while you fulfill the form, please listen to me. I want all of you to collect the signature of all lectures that under Legal Practices Department." ayu aje suara madam kami ni berkata... kesannya: rata2 macam fadd, jatuh rahang n spontan mulut kata "WHAT" "did you know all the lectures in Legal Practices Department? Did the lecturers know you? The answer is no right? Thus grab this opportunity to know them." Dengan itu, berjalanla kami dengan ketawa2 alah gitu sebab teringat minggu suai kenal asrama dolu2, pergi cari signature abang n kakak senior. Ni, kat sini, dah jadi senior pulak kena cari lecture. Aish...nak introduce diri pulak tu. Jangan ingat mudah untuk dapatkan tanda tangan yer... Think of yourself and please s

kAmU, ye KAMU!

tolong bilang aku dimana sakit kamu tolong bilang aku apa resah kamu tolonglah bilang sama aku apa yang ada dalam kepala kamu tolong faham kamu aku bukan bomoh bisa tahu mana sakitmu tolong faham kamu aku ini tahu rautmu,  saat resah membelenggu tolong jangan tipu aku! tolonglah faham wahai kamu, kamu dan kamu, AKU INI SAYANG SAMA KAMU.