Skip to main content

~UJIAN~

"Allah sedang bagi kamu pahala sabar. Bertabahlah wahai Fadhilah!"

Kekadang, tanpa kita sedar atau dengan sedar pun, kita lupa nak mengucap syukur dengan pemberian Allah. Diuji sedikit, asyik merungut tak sudah. Tapi, tanpa kita sedari, diberi setiap yang diminta pun merupakan satu ujian. Ujian dimana mahu menilai sejauh mana hambaNya bersyukur dengan pemberianNya.

"Allah tested us by 2 ways: the hard one by taking but the dangerous one by giving"

MemAnglah, kita rasa sedih, geram, marah dan macam-macam lagi rasa kalau barang atau seseorang yang kita sayang itu dihilangkan dari pandangan dan bukan hak milik kita lagi. Selalunya, dalam keadaan susah sebegini, manusia kembali mencari Tuhan. Jadi, keaadaan ini tak sebahaya keadaan kedua, Allah uji kita dengan memberi segala apa yang kita inginkan. Kebiasaannya, kita sebagai hamba, selalu lupa untuk bersyukur. Bagi kita, kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan itu datangnya dari usaha kita. Tak terlintas pun dihati, semua itu ujian Allah nak menilai sejauh mana iman kita. Bak kata P.Ramlee:

"Kekayaan, kejayaan, kebahagiaan rumah tangga itu semuanya datang dari Allah, bukan datangnya dari bapak"...

Lagi bahaya selalu diberi, ditatang, bimbang rezeki yang diberi tak berkat disisi Allah lantaran kurangnya bersyukur atas nikmatnya. Pandanglah ujian kesukaran ini dengan mata hati, agar mampu tersenyum dan menangis gembira kala hati jumpa penawar duka tersebut.

Pesanan buat diri, agar bertabah menghadapi apa yang bakal datang :)



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Tofu Stim dan Tong Gas

 Aku. Hari ini, dos kedua Aztra Zaneca setelah menahan rindu selama dua bulan dari tarikh pernyatuan pertama kali pada 26 june yang lalu. Harini aku cuti. Entah, tak sabar nak dapat vaksin  kedua ni kot. Maka, aku seakan 'looking forward' nak buat apa waktu cuti ni. Siap call kawan aku, Mama Bell nak minta resipi tofu stim tu.  Tofu Stim. Akibat tergoda dengan gambar tofu stim hasil buatan Mama Bell, dengan rasa rendah diri, aku menelefon Mama Bell minta resipi. Setelah vaksin, bergegas ke mini market beli barang-barang nak masak Tofu stim. Sampai mini market, segala bahan dibeli.. yg tak patut pun masuk bakul jugak. Lebih kurang jam 6.00 petang, bermula la sesi memasak tofu stim, tengah tunggu air menggelegak, nak stim tofu, gas Habis. Tong Gas. Kenapa saat anda diperlukann sebegini, anda kehabisan gas meninggalkan tongnya sahaja. Setelah dikaji selidik, gas ni dibeli pada bulan februari yang lalu. Buat kata dia yang jauh di Grik, dah sampai masa dah you. Maka, kita tang...

Assalamualaikum (^0^)

Hello June (^-^)

Mee Kari ayam

Ini menu hari ni. Pernah dengar tak menu macam ni? Nak cuba? senang aje.... Sila buka beg duit anda dan lihat berapa RM yang anda ada... bajet tak perlu banyak pun...RM10 dah cukup tuk semangkuk mee kari ayam ni... kalau cukup, sila bergerak ke kafe yang ada jual mee kari dan nasi ayam serentak... SO....... Order ajerla... cakap kat mak cik tu, "saya nak mee kari, lepas tu mak cik isi ayam nasi ayam tu yer" senangkan....masa tuk menikmati hidangan... silakan :)