Wednesday, 31 October 2012

Pantun Melayu Lama:)


 Pantun
Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi
a. Milik melayu asli.  Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puis yang lahir daripada maysarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya.
b. Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu.
c. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya.
d. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun terkenal di kalangan orang tua, orang muda dan  kanak-kanak.
e. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya
f. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus dan berkesan. Ini sesuai dgn jiwa masyarakat melayu yang suka mendidik secara halus.
g. Mudah dicipta secara spontan
h. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu

Nota :  perlu kemukakan contoh dalam menjawab soalan.
 

Ciri-ciri kelebihan pantun
a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap.  Ciri ini tidak terdapat dalam puisi yang lain.
b. Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan dengan rangkap2 berikutnya.
c. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak demikian dalam puisi lain.
d. Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair seperti dari segi rima akhirnya, jumlah perkataan dan sukukata.

Kepentingan pantun
a. pantun dapat disulami dalam puisi melayuu yang lain bagi mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa berirama dll.
b. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain.
c. Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis.
d. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera 


Petikan dari:
Nita
SMK Kota Marudu
Mac 99
 

Contoh Pantun Melayu Lama.


Pulau tinggi terendak cina
Nampak dari Pasir Sibu
Tuan pergi janganlah lama
tidak kuasa menanggung rindu

Pinjam saya pisau raut
Hendak meraut bingkai tudung
Gila apakah ikan di laut
Melihat umpan di kaki gunung

Terang bulan di pintu kurung
Cahayanya sampai ke daun kayu
Kalau Allah hendak menolong
Air pasang kapal pun lalu.

Alang di sebelah alang
Anak ikan kena lukah
Jangan tuan alang kepalang
Jangan diduga Laut Mekah

Buah jering di atas para
Diambil budak sambil berlari
Keringlah laut tanah Melaka
Barulah saya mungkirkan janji

Orang menembak di Pulau Hantu
Asapnya ada timbun menimbun
Seumpama bunga di naung batu
Taruknya kaca, tangkainya embun

Orang mengail di Lubuk Bulang
Apa umpannya? Kulit duku
Orang bermain kekasih orang
Nyawa bergantung di hujung kuku

(Pelayaran Abdullah)




Tuesday, 30 October 2012

Teratai

masih dalam mood Ramli Sarip.
Terasa terngiang-ngiang lagu teratai ini di telinga saya.
jom layan lagu ni ....
gerenti terimbau kenangan dulu-dulu...

Teratai



Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah

Sungguh cantik wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandang teratai bunga indah

Ku tak menyangka
Wahai terataiku sayang
Badai taufan mendatang
Menghembus dirimu
Engkau pun terkulai
Dan merunduklah layu
Tak berseri lagi

Oh tolong, lindungilah dia
Agar ku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan terataiku sayang
Berseri seperti semula
Teratai bunga indah

peribahasa melayu yang jarang dengar..

  1. Jilah kening maksudnya riang gembira.
  2. Minyak setitik dilaut tinbul juga maksudnya orang baik tetap mulia walaupun dimana berada. Peribahasa ini sama seperti kalau asal benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, tercampak ke bukit menjadi gunung.
  3. Tidak sungguh seluang melaut, akhirnya ke tepi jua maksudnya merajuk dengan keluarga sendiri tidak kemana. Kita selalu mendengar carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua dan air yang dicincang tak akan putus.
  4. Sepuluh jong kapal berlabuh, anjing tetap bercawat ekor maksudnya orang yang tertutup pemikirannya dan tidak dapat menerima perubahan dan pembaharuan.yang selalu digunakan orang seperti katak bawah tempurung.
  5. Laksana mengajar anak harimau maksudnya lekas pandai atau senang diajar
  6. Seperti kunyit dengan kapur maksudnya mudah mesra
  7. Laksana menggantang asap, mengukir langit maksudnya membuat pekerjaan yang sia-sia
  8. Laksana menggigit tangan yang menyuapkan nasi maksudnya tidak mengenang budi. kita selalu dengar peribahasa yang sama ertinya dengan peribahasa ini ialah bagai melepas anjing tersepit.
  9. Laksana daun keladi dimandikan maksudnya tidak meninggalkan kesan
  10. Laksana lintah dipotong dara maksudnya pantas. yang ini pula sama maksudnya dengan lipas kudung.
peribahasa diatas jarang kita dengar. sejujurnya, saya sendiri pun baru tahu tentang peribahasa-peribahasa ini sewaktu saya menaip entri ini.
diharap, generasi melayu abad ini dapat memelihara keunikan dan kehalusan bahasa ibunda kita:)
diharap dapat bermanfaat terhadap kita semua.


Monday, 29 October 2012

Bukan Kerna Nama

Saya suka sangat dengar lagu Ramli Sarip yang pada saya membawa maksud yang mendalam kalau kita hayati bait-baitnya dengan teliti. Inilah yang dikatakan orang, buka mata dan telinga serta lapangkan hati untuk terima mesej yang disampaikan.

jadi, jom jamu mata tuk baca dan hayati lirik BUKAN KERNA NAMA. 
bagi yang tahu macam mana nak melagukannya, jangan malu dan segan tuk menyanyi yer,
tapi kalau baca entri saya ni di waktu kerja, 
sila lupakan niat anda untuk menyanyi di sini yer, bimbang anda akan ditegur boss pulak nanti.

  Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Sumbangan Inna Sarienna & aLiZa








Friday, 19 October 2012

Mee Kari ayam

Ini menu hari ni. Pernah dengar tak menu macam ni?
Nak cuba? senang aje....
Sila buka beg duit anda dan lihat berapa RM yang anda ada...
bajet tak perlu banyak pun...RM10 dah cukup tuk semangkuk mee kari ayam ni...
kalau cukup, sila bergerak ke kafe yang ada jual mee kari dan nasi ayam serentak...
SO.......
Order ajerla...
cakap kat mak cik tu, "saya nak mee kari, lepas tu mak cik isi ayam nasi ayam tu yer"
senangkan....masa tuk menikmati hidangan...
silakan :)







i'm new here