Sunday, 27 October 2013

Allah, permudahkanlah.

Dalam larut dengan segala tarikh-tarikh akhir segala tugasan yang perlu dihantar, muncul pula jadual peperiksaan akhir semester. Ternyata, tarikh tidak menyebelahi saya. Bermula awal iaitu pada 28.12.2013, saya bakal menduduki peperiksaan untuk kertas pertama iaitu Civil Procedure 1. Kertas kedua menyusul pula pada 4.1.2014. Okay, banyak senggang masa kan kawan-kawan. Ha, mai sini chek nak habaq mai..Kertas ketiga menyusul 5.1.2014, kertas keempat 6.1.2014 dan yang terakhir 7.1.2014. cantikkan? Susun berderet.

Ada yang tak mula periksa lagi, saya dah boleh kemas barang bawa balik kampung. Nampak seronok habis awal, azab nak periksa berderet macam tu, saya yang nak menanggungnya. Huish...merungut aje tak guna, baca buku sekarang. Hari periksa, kamu pergi aje. Balik Tidur, jangan stress sebab esok nak periksa lagi kertas seterusnya. Sekarang ni memang kena study awal. Sebab bimbang 'blank' time exam.

Untuk kertas yang berderet tu, Professional Practice 2, Evidence 1, Evidence Procedure Syariah 2 dan Criminal Procedure 1, saya usahakan sebaiknya untuk kamu semua. Chaiyokkkk-chaiyokk!

Mohon Allah permudahkan segala urusan. Amin.

Monday, 21 October 2013

Happy Belated Birthday.

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Kolam Hati
Happy Birthday to you.

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Kolam Hati
Allah selamatkan kamu.

p/s: Happy belated birthday Kolam Hati. Pesanan penaja tuk admin Kolam Hati, rajin-rajin menjenguk ke sini yer(^-^)
Usiamu kini, Setahun dua hari.

IMPIANKU

 Sebagai wanita,
Saya hanya mahu jadi seorang yang biasa-biasa saja
Mahu punya sebuah rumah yang biasa saja
Mahu punya keluarga yang bahagia.

Sebagai wanita,
Mahu punya "teman" yang biasa
Bukan putera kayangan yang dipinta
Tidak juga rakyat berjiwa raja
Cuma,
yang ada iman didadanya
yang terima buruk dan baiknya saya
yang sudi pimpin saya ke JannahNya

Friday, 11 October 2013

Kepada aku !

untuk mata yang melihat,
untuk lidah yang bisa berbicara,
untuk telinga yang sentiasa menguping cerita,
untuk tangan yang cuba bekerja dengan aturannya,
untuk kaki yang melangkah,
untuk nyawa yang masih tinggal berbaki usia...

Nikmat Tuhan yang mana lagi yang tidak mahu kamu akui...
Nikmat Tuhan yang mana lagi mahu kamu dustakan...