Friday, 25 January 2013

~Sahabat~


Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.

P/S: This song was dedicated to all my beloved friends that never fed up with me. Hope this ukhwah will forever till Jannah.

Thursday, 24 January 2013

Perempuan?

Assalamualaikum,

Pepagi buta tadi dapat msg daripada seorang sahabat yang saya dah anggap macam abang sendiri. Msg merentas laut lagi tu. Tapi, biasala kalau msg tengah2 pagi buta ni, msg masalahlah, tak ada yang lain. Boleh kira berapa kali aje msg berita gembira diterima dari dia pagi2 buta. Yelah, kalau msg yang tak patut sampai waktu saya tengah nyenyak tidur, tu namanya tempah sumpahan berbakullah.Kalau msg orang ada masalah, kita beringat jugaklah nak bagi sumpahan berbakul tu. Masih ada hati dan perut jugaklah saya ni kiranya.

Masalah sahabat saya ni satu aje dari dulu, PEREMPUAN! Nasib baik dengan saya yang perempuan ni tak bermasalah. Setakat ni, sekali aje la rasanya bergaduh yang memerlukan orang tengah tuk mententeramkan kami. But, I realize that was my false. Betulla yang dia kata saya hanya contact dia bila saya susah. Tapi, saya ada sebab buat macam tu. Sebabnya, saya tak larat nak layan perasaan cemburu bekas awek dia.

 Berbalik kepada msg pepagi buta tadi, msg nya berbunyi:

"Semalam aku tanya -----, pasal apa yang dia rasa tentang aku, tentang kitaorang, rupanya dia masih xtau. Dia tak tau apa yang dia rasa"

Saya pelik sebenarnya. Semua dah jumpa, mak dan ayah pun dah diperkenalkan. Ayah si perempuan pun dah tanya, "Bila nak dilangsungkan".

Bagi pemikiran saya selaku seorang perempuan, kalau dah bawa jumpa ibu bapa segala, itu dah masuk frasa perhubungan yang serius. Kenapa masih kata tak pasti dengan hati sendiri?

Wednesday, 23 January 2013

~Mesra Desa~


Bila terkenangkan desa
Rindu selalu melanda
Pada ayah dan bonda sanak dan saudara
Kampung halaman nun jauh di mata

Kini tiba ketikanya
Saat kembali ke desa
Indah suasana mesra sambutannya
Rasa gelora di dalam dada

Terimalah buah tanganku
Sekadarnya yang aku mampu
Buatmu ayah dan juga ibu
Tanda ingatan kasihku

Meriahnya suasana desa
Semuanya ramah dan mesra
Dimanakah teman-teman lama
Bertahun tidak bersua



Ketika kenduri kendara
Sekampung bagai berpesta
Bertolong Bantu jiran tetangga
Beramai makan bersama

Berzanji di surau lama
Tak sedar hari dah senja
Begini caranya kemesraan desa
Moga kekal selamanya

Sedang asyik bercerita
Melintas si gadis desa
Manis senyumannya bertudung kepala
Anak saudara sendiri rupanya

Bergurau teruna dara
Pastikan ada batasnya
Adat kesopanan dan budaya bangsa
Agar agama terpelihara

Anak Kucing yang Menakutkan..!

Senyap-sunyi mahallah sebab semua orang dah 2 minggu balik kampung. (bukanla semua, adalah skuad pekerja part time mahallah macam kami ni yang tinggal).

Tetapi, apa yang pasti, populasi kucing lagi banyak rasanya kalau nak compare dengan populasi manusia sekarang ni... Buktinya senang aje, setiap hari apabila nak masuk bilik, pasti bergema suara ayu si Fadd ni menjerit... maklumlah, manusia ramai peminat...ada aje anak kucing yang sibuk kejar nak tangkap kaki. Anak kucing ni memang pantang nampak saya keluar, mesti macam orang gila nak kejar tangkap kaki...Adoyaii.... masih tak faham bahasa betul yang cik Fadd kamu ni sangatla "berani" memandang kamu.

Ini memang fobia saya... biarla orang kata anak kucing tu cute... bagi saya anak kucing tu MENAKUTKAN. Cuba bayangkan diaorang berlari menerpa kaki, tak ke tu perkara yang menakutkan. Saya boleh lagi berdepan dengan ular, buktinya saya masih dapat pegang ular sawa di Zoo Negara, Bukit Merah Laketown atau pun semasa di Langkawi, tapi dengan anak kucing, saya demam seminggu sebab si Bongsu a.k.a Danish letakkan anak kucing yang berusia sebulan jagung (ada ke?) atas bahu saya. Ini memang dosa yang tak dapat diampunkan! Nasib baik mak dah lepuk Si Bongsu.


Sebenarnya, fobia saya bukan pada anak kucing aje... Semua anak binatang yang berbulula saya kira. Anak ayam, anak itik, anak arnab dan sebagainya pun saya takut. Saya pernah kena sengkeh kat kepala oleh Pak Cik Lee (kontraktor rumah saya) sebab menjerit nak bagi luruh jantung dia. Dia berlari tak cukup tanah ingatkan ada ular dalam rumah, tapi sebenarnya anak ayam ayah yang terjatuh dari "incubator". That time, mak gelakkan ajer. Mak kata padan muka sebab menjerit tak ingat dunia. Tapi lepas tu Pak Cik Lee pujuk balik sebab saya tak nak bancuh air untuk dia....hahahah


Entahla, bila fikir balik, sengal jugak takut anak-anak binatang ni...Sebab, bila anak-anak binatang ni dah jadi mak atau bapak budak, saya dah tak takut lagi...Sengal jugak saya ni. Satu waktu dulu, anak manusia pun saya takut sebab saya rasa baby tu sangat lembik, macam tak bertulang. Kena handle with care segala. Tapi, perasaan takut kat baby tu dah hilang sebab saya dah dapat banyak anak sedara sekarang ni.

ps: Mak cik, cepatla ambil anak kucing tu...saya dah tak sanggup nak main "aci cak" dengan dia setiap kali nak keluar bilik. Bukan seekor, tapi 4 ekor yang saya nak kena hadap..... Uwaaaa 





Tuesday, 22 January 2013

Officially Retired!

shusssssssss.....pergi main jauh2.... jangan datang buat sawang disini...

Lama dah tak menconteng di sini, sampai cikgu blog saya, Kak Nurul dah marah....
katanya: "Fadd, updatelah, akak nak tahu perkembangan korang melalui blog aje...nak jumpa dah susah..."
jawab si pemalas nak update ni:
"Kak, saya tak sempat nak update blog, sebab sekarang ni sibuk nak naik block."

Bukan menipu, memang 2 minggu ni Fadd sibuk naik block. Waktu students tak ada nila nak buat semakan peralatan segala...kalau diaorang ada, susahla nak bawa pekerja lelaki naik sekali. Sebelum sibuk naik block....sibuk berperang dengan pen dan kertas, jawab examla...

Sebenarnya, saya hilang semangat sebab Kak Nurul dah pindah. Tinggalkan saya terkapai-kapai disini....
Uwaaaa... (sedihla jugak, teman berblog dah tak leh jumpa selalu, tapi happy sebab dia dapat offer yang lebih baik)

Dalam kesibukkan segala, masih sempat pergi bercuti...hooyaaaaaaaaaaaai...
tak la jauh sangat perginya: ke Pulau Pangkor aje pun... pergi untuk kali kedua pula tu... cuba dengan orang yang berbeza.

Seronok dan teruja?

Biasa aje perasaannya. Cuma sedih aje yang lebih..... Sebab,........percutian ini bermakna,


Memang la saat ni yang ditunggu-tunggu, tapi tak tau perasaannya sedih sangat.... Pagi sebelum bertolak, umi kesayangan MRC kami sempat berpesan, personal adviced tuk Fadd dan bakal pengganti.

Umi kata:
"Fadd, kamu dah letak jawatan bukan bermakna dah tak ada tanggungjawab terhadap mahallah. Adik2 yang kamu tinggalkan masih lagi kena tengok dan perhatikan. Sebagai kakak, tegur mana yang salah, bantu mana yang perlu, ajar mana yang mereka tak tahu. Wani, kalau Kak Fadd tegur, jangan rasa hati, jangan anggap yang Kak fadd masih nak kongkong kamu. Mungkin teguran dia tu betul, dari kaca mata dia yang lebih berpengalaman dalam urusan program dan mahallah. Kamu berdua masih perlu bekerjasama, masih perlu berbincang, dan saya tak mahu peristiwa dulu berulang lagi.... Sayang, ukhwah yang terjalin macam adik beradik berakhir macam tu aje."

Amanat agung dari umi, bukan selalu dapat...disampaikan dengan gaya yang serius, bukan macam selalu, ada gelak ketawa di hujung bicara, pandangan mata yang telus menusuk ke hati.... tak sanggup nak angkat pandangan nak pandang mata umi saat dan ketika itu. Mengenali umi lebih dari 4 tahun, bekerja bersamanya, tiada tekanan yang ketara. Boleh dibawa berbincang tak kira dimana, tak pernah memaksa untuk siapkan tugasan yang dipinta. Tetapi, bicara kali ini lain benar bunyinya.

Wani mungkin tak faham maksud di sebalik pesanan...tetapi, Kak Fadd nya cukup mengerti.....siapa yang dimaksudkan, siapa yang sedang dibicarakan... bukan bicara tentang dua insan di hadapannya, tetapi insan yang pernah bekerja bersama kami saat Wani belum muncul dalam organisasi...

Dua kakak yang cukup saya segani...dua kakak yang saya anggap seperti kakak sendiri... hubungan renggang disebabkan salah faham...

Jujurnya, menitis air mata saat terkenang apa yang disampaikan.... saya sangat sayangkan ukhwah yang Allah sudah jalinkan...mereka2 yang ada disini adalah keluarga saya. Bertuah punya keluarga besar disini...12 adik beradik, punyai 6 bonda dan 4 kekanda yang sudi membimbing saat tak tahu nak buat kerja.......

Yang pasti, saat berprogram, saat bermeeting, saat berjaga malam menyudahkan kerja, pasti di rindui....

I'll miss that time.

Wednesday, 2 January 2013

Asrama, songkok dan Si Bongsu

Assalamualaikum.
Sengaja aje kan nak buat tajuk entry macam aku, dia dan tong sampah.(telemovie lakonan Beto Khusairy dan Siti Saleha).

Sebenarnya nak cerita tentang ragam hari pertama persekolahan.


01 Januari 2013.
Adik bongsu saya dan hanya dia yang masih bersekolah selamat didaftarkan di asrama. Tak tahu macam mana keadaannya sebab si Bongsu ini manja yang amat. Kakak doakan yang baik-baik ajelah yer untuk kamu Danish.

Pesanan dari jauh aje yang dapat kakak titipkan supaya belajar rajin-rajin. Bukan senang nak masuk sekolah agama tu. jadi dah dapat masuk buat betul-betul. Kakak sedang bertikam pen dan dihempap buku ni. Berperang menghadapi final exam. Jadi, tak boleh balik hantar kamu untuk ke asrama.

02 januari 2013 (hari ini)
08.30 pagi kakak menerima pesanan sms daripada mak.
"Kakak ok tak kat sana. Duit ada lagi tak? adik mak dah hantar masuk asrama semalam. Pagi-pagi tadi dia dah sibuk call bagitahu yang songkok dia hilang."

gambar sekadar hiasan

Sibukla si Kakak ni berfikir macam mana songkok boleh hilang. terlintas satu perkara lagi, mesti ada aje siri kehilangan cermin mata selepas ini. Kalau di rumah, kecoh satu rumah kalau geng kaca mata dalam rumah ni ayah, kakak (me), adik (tuan punya songkok) dan kak ngah hilang cermin mata. Seorang lagi geng kaca mata iaitu mak yang akan bertindak menjadi skuad penyelamat mencari cermin mata yang hilang tu. 

Solutionnya, mak cadangkan semua yang memakai cermin mata haru memiliki dua pasang cermin mata supaya tak timbul kekecohan di rumah. Tetapi, masalahnya masih pada si adik sebab dia ni "makan" barang2 dia. Jadi, bukan satu kejutan kalau songkok tu boleh hilang. Isu kehilangan barang merupakan perkara biasa pada dia.

tak lama selepas tu, mak hantar sms lagi:

"Kakak tak payah susah hatila. mak tengok dia pandai aje bawa diri. Cuba kita kena bersedia dan jangan terkejutla kalau barang di tangan, dikaki, atau dibadan hilang lepas ni. buktinya, dikepala dah hilang dulu"

Mak2, pagi2 dah buat kakak gelak. hilang risau memikirkan Si Bongsu. 

Biarlah dia tinggal di asrama. Cukuplah dimanja sungguh2 selama 12 tahun di rumah. Kenal erti berdikari sedikit. 

ps: Eleh, pandai yer Fadd kamu bagi nasihat kat Si Bongsu yer. Cuba ingat sikit siapa yang lari masuk rumah semula saat semua barang dah masuk kereta, saat semua orang dah sedia nak hantar kamu ke asrama masa umur 13 tahun dulu. Lepas tu padan muka kena campak ke Besut terus masa umur 16 tahun.