Skip to main content

Perempuan?

Assalamualaikum,

Pepagi buta tadi dapat msg daripada seorang sahabat yang saya dah anggap macam abang sendiri. Msg merentas laut lagi tu. Tapi, biasala kalau msg tengah2 pagi buta ni, msg masalahlah, tak ada yang lain. Boleh kira berapa kali aje msg berita gembira diterima dari dia pagi2 buta. Yelah, kalau msg yang tak patut sampai waktu saya tengah nyenyak tidur, tu namanya tempah sumpahan berbakullah.Kalau msg orang ada masalah, kita beringat jugaklah nak bagi sumpahan berbakul tu. Masih ada hati dan perut jugaklah saya ni kiranya.

Masalah sahabat saya ni satu aje dari dulu, PEREMPUAN! Nasib baik dengan saya yang perempuan ni tak bermasalah. Setakat ni, sekali aje la rasanya bergaduh yang memerlukan orang tengah tuk mententeramkan kami. But, I realize that was my false. Betulla yang dia kata saya hanya contact dia bila saya susah. Tapi, saya ada sebab buat macam tu. Sebabnya, saya tak larat nak layan perasaan cemburu bekas awek dia.

 Berbalik kepada msg pepagi buta tadi, msg nya berbunyi:

"Semalam aku tanya -----, pasal apa yang dia rasa tentang aku, tentang kitaorang, rupanya dia masih xtau. Dia tak tau apa yang dia rasa"

Saya pelik sebenarnya. Semua dah jumpa, mak dan ayah pun dah diperkenalkan. Ayah si perempuan pun dah tanya, "Bila nak dilangsungkan".

Bagi pemikiran saya selaku seorang perempuan, kalau dah bawa jumpa ibu bapa segala, itu dah masuk frasa perhubungan yang serius. Kenapa masih kata tak pasti dengan hati sendiri?

Comments

  1. Hmmm... sebab perempuan tu tak suka dia kot? Mungkin dia rasa, "it's time for me to get married" jadi dia cari je sesiapa yang mungkin sesuai. Tapi, ternyatalah manusia tak boleh tipu perasaan dia sendiri. Walaupun seorang lelaki tu jaga kita dengan sangat baik tapi kalau tak cinta, tak dapatlah nak diluahkan perasaan tu sebaik kebaikan lelaki tu... Hmmmm... Inilah pendapat saya yang tak pernah bercinta ni ye. Haha :D

    ReplyDelete
  2. tu la yang deela rasa sebenarnya.... perempuan tu keliru dengan perasaan dia sebenarnya...

    ReplyDelete
  3. Tetiba rasa sebagai pompuan pun macam takleh nak paham hati pompuan tu. Hahaha! Tolong nasehatkan pompuan tu, buat la solat sunat istikharah. Tak baek kelirukan perasaan org. Pompuan tu yg perlukan petunjuk sebenarnya. I mean, petunjuk samaada dea sukakan lelaki tu ke tak sebenarnya.

    Ehh? Tetiba fikir if laki tu yg buat solat sunat tu pun boleh jugak. Kan lebih senang dapat jawapan :D

    ReplyDelete
  4. thanks Liyaa Mf for the advice.... I will advice him to do istikharah prayer :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Tofu Stim dan Tong Gas

 Aku. Hari ini, dos kedua Aztra Zaneca setelah menahan rindu selama dua bulan dari tarikh pernyatuan pertama kali pada 26 june yang lalu. Harini aku cuti. Entah, tak sabar nak dapat vaksin  kedua ni kot. Maka, aku seakan 'looking forward' nak buat apa waktu cuti ni. Siap call kawan aku, Mama Bell nak minta resipi tofu stim tu.  Tofu Stim. Akibat tergoda dengan gambar tofu stim hasil buatan Mama Bell, dengan rasa rendah diri, aku menelefon Mama Bell minta resipi. Setelah vaksin, bergegas ke mini market beli barang-barang nak masak Tofu stim. Sampai mini market, segala bahan dibeli.. yg tak patut pun masuk bakul jugak. Lebih kurang jam 6.00 petang, bermula la sesi memasak tofu stim, tengah tunggu air menggelegak, nak stim tofu, gas Habis. Tong Gas. Kenapa saat anda diperlukann sebegini, anda kehabisan gas meninggalkan tongnya sahaja. Setelah dikaji selidik, gas ni dibeli pada bulan februari yang lalu. Buat kata dia yang jauh di Grik, dah sampai masa dah you. Maka, kita tangguh ur

Aish.......saya tak nak kahwin lagi!

Serius, tugasan untuk PP1 (Profesional Practice 1) ni buat saya ter:) dan jatuh rahang mencecah dagu.... Gulp....nasib baik tak ada lalat yang sudi singgah tadi...kalau tak, tempah satu katil kat HKL la nampaknya. "Okay Class, while you fulfill the form, please listen to me. I want all of you to collect the signature of all lectures that under Legal Practices Department." ayu aje suara madam kami ni berkata... kesannya: rata2 macam fadd, jatuh rahang n spontan mulut kata "WHAT" "did you know all the lectures in Legal Practices Department? Did the lecturers know you? The answer is no right? Thus grab this opportunity to know them." Dengan itu, berjalanla kami dengan ketawa2 alah gitu sebab teringat minggu suai kenal asrama dolu2, pergi cari signature abang n kakak senior. Ni, kat sini, dah jadi senior pulak kena cari lecture. Aish...nak introduce diri pulak tu. Jangan ingat mudah untuk dapatkan tanda tangan yer... Think of yourself and please s

kAmU, ye KAMU!

tolong bilang aku dimana sakit kamu tolong bilang aku apa resah kamu tolonglah bilang sama aku apa yang ada dalam kepala kamu tolong faham kamu aku bukan bomoh bisa tahu mana sakitmu tolong faham kamu aku ini tahu rautmu,  saat resah membelenggu tolong jangan tipu aku! tolonglah faham wahai kamu, kamu dan kamu, AKU INI SAYANG SAMA KAMU.