Wednesday, 22 May 2013

Mana Hilangnya.....

Bantal busukku....
Mana hilangnya kamu...
Dah berminggu tidur saya tanpa kamu....
siapa yang ambil kamu????????

Teori kehilangan:
1. mungkin saya ada bawa balik ke Kg. mak beberapa minggu yang lau dan tertinggal di rumah mak anjang. tidak sedar kehilanggannya sebab apabila pulang ke rumah sendiri, "ucuk" saya yang lain ada menanti. So, kehilangan dia taklah dirasai sangat. Apabila kembali bermastautin di bilik kecil indah permai ini kembali, baru tersedar kehilangan "ucuk" yang ini.

2. Ucuk, mungkinkah kamu dicuri monyet yang selalu mengintai roti butterscotch di bilik kecil saya ini?
Kata Teyya, "mungkin monyet bawa lari naik atas pokok". tambah kak Ida, "monyet ambil dan tinggalkan di bilik orang lain". kalau benar ini terjadi! KEJAMNYAAAAAAAA kamu monyet. Tahukah kamu, sudah beberapa lama lena saya terganggu, sebab "ucuk" saya tiada.

3. Ucuk jatuh bawah katil. Saya sangkal sebab saya dah cari dah kat situ. TAK ADA.

Motif kehilangan:
1. ada yang dengki dengan bantal tersebut! Apakah?

Kesan kehilangan:
1. lena terganggu. (tapi kamu bangun lewat aje selalu, terganggukah itu?)
2. hati tak tenteram. (ni sungguh, asyik terfikir aje, mana hilangnya dia)

Jalan penyelesaian:
1. cari lagi dan hubungi talian hayat, tanyakan bantal kamu tu
2. LUPAKAN DIA, CARI YANG BARU
3. ajak someone keluar cari BANTAL BUSUK BARU!

Pesanan dari hati:
My dear "Ucuk"
Miss you a lot.....:(

Monday, 13 May 2013

Happy Birthday Comot!

Ikhlas: Sahabatmu Fadd.
Saya ada kawan. Namanya Nurul Hidayah Abdul Rahman. Orangnya cute aje. Serabut-serabut sikit. Kenangan yang saya tak akan lupa dengan dia adalah saat kehilangan kunci. Bukan sekali tapi dua kali yer.

Saat pertama kali bertemu, (cewah...dah macam berjodoh dengan dia ni) waktu sama-sama terlibat menjadi peserta progam kepimpinan. Waktu itu kami direkrut menjadi Block Representative Committee. Saya pegang Welfare Block E dan jawatan dia di Block C (lupa aih jawatan apa). Kami ditakdirkan satu kumpulan (sumpah saya lupa). Kata dia, saya asyik tanya namanya sampai dia menyampah nak jawab. (Serius sorry dowh, maklumlah, program tu kat Zoo Negara, nak menghafal nama binatang lagi.)

Saya pernah marah dia, tapi marah2 sayang ajelah. Sebab dia dan konco-konconya boleh bersuka ria di pantai Bagan Nakhoda Omar waktu orang lain berhempas pulas berprogram di Sg Air Tawar. Saya marah sebab saya ditugaskan jaga semua peserta, jadi tanggungjawab saya nak pastikan semua peserta selamat. Maaf, kalau ada kata-kata time tu buat kamu terasa yer. Tapi, satu saya kena puji sahabat saya ni, kalau kena marah, dia diam aje.

Kami jadi betul-betul rapat bila kami jadi adik beradik angkat di program Baktisiswa Jengka 7. Kami jadi anak angkat Tok Empat. Ingat apa yang abah kata, "abah dah tahu kenapa kamu semua panggil dia Comot, sebab bila makan mesti ada nasi dekat bibir dia". Kamu tersipu-sipu time tu. Kami gelak aje. Emak pulak kata: "orang tua-tua cakap, kalau makan, nasi ada di pinggir bibir, orang tu nanti ada anak tiri." kami ketawa lagi kuat. Tapi hati Fadd cakap, tak mau lah. Minta jauh kamu ada anak tiri.

Kenangan kunci tu,
1. Masa malam NUSFAD yang saya jadi program manager (PM), kamu terlupa mana letak kunci bilik mesyuarat dan kunci bilik MRC. Malang waktu tu sebab dua kunci bilik tu letaknnya bersama, kamu cari macam orang tak betul dah. Berapa kali ulang alik ke Pesta Konvokesyen sebab kami fikir kamu tertinggal kunci dekat gerai burger. Sampai abang burger tu pun dah naik muak nak jawab yang dia tak tahu mana kunci tu.

Part paling kelakar bila kamu dan Teyya bersungguh nak selongkar tong sampah sebab nak cari mana hilangnya kunci tu! Mas mengamuk waktu tu, Didi peluk kamu sebab tak bagi cari kunci tu, Zue kena control crowd sebab waktu yang sama kita buat tayangan filem, Teyya diam aje sebab Mas dah marah, waktu tu saya tengah buat sesi kaunseling, sebab ada kawan datang mengadu masalah, tapi saya still observe keadaan. Kamu meronta lagi, Mas datang dan cakap kat saya, saya tinggalkan kawan sekejap, sebab dia pun dah ok sikit waktu tu. Maaf lagi, saya marah kamu. Sungguh, saya marah bukan sebab kunci tu hilang, saya marah sebab nak kamu bertenang. kamu dah bertenang dan apabila tayangan filem habis, lampu pun dibuka. Kunci tu elok aje terletak kat tepi lap top.

2. Kamu hilangkan kunci bilik kita. Lepas tu kamu takut nak bagi tahu. Kamu pinjam kunci teyya nak duplicate. Kamu duplicate dan malam tu bagitahu saya. tapi awak nak tahu sesuatu tak........ jap lagi saya bagi tahu!

Saya tulis semua ni supaya ada kenangan antara kamu dan saya yang tertulis. Nanti, bila kita dah ada anak, kita boleh cerita dekat anak cucu yang kita berkawan baik. Biar anak cucu awak tahu yang opahnya kalut semacam.

Comot, Happy belated birthday
Kahwin cepat, tok sah sibuk dok kata nak kawen cari calon masa umur 30.
Time tu saham dah jatuh
hahaha

ps:
Comot, kamu tahu tak, hujung minggu lepas, saya kemas bilik dan cabut cadar, tepuk bantal dan angkat tilam, kamu tahu, kunci tu ada bawah tilam...bye, sebenarnya, kita tak tahu macam mana kunci tu boleh ada bawah katil. Mungkin kamu ada jawapannya :)

Saturday, 11 May 2013

~King of two Hearts~

Saya mungkin agak ketinggalan sebab baru aje habis menonton drama ni. Tapi ada saya kisah. Hahaha. Disebabkan saya dah jatuh hati dekat cerita ni dan watak watak didalam nya, saya nak update juga review mengenainya. Huhuhuhu.



Drama ini mengisahkan usaha murni seorang raja kepada negara Korea Selatan yang berusaha untuk menyatukan Korea Selatan dan Korea Utara kerana menurutnya selepas peperangan antara Korea Utara dengan Korea Selatan, banyak nyawa yang terkorban, banyak keluarga yang terpisah dan peperangan itu meninggalkan trauma di kalangan rakyat kedua-dua negara yang perang akan tercetus lagi. keadaan ini menyebabkan hubungan kedua-dua buah negara menjadi tegang.

Langkah pertama yang diambil oleh raja tersebut (Lee Jae Kang) adalah menyatukan askar kedua-dua buah negara agar mereka dapat menyertai WOC (World Officers Championship) iaitu pertandingan kemahiran peperangan (gitulah gamaknya). Sebelum ini, penyertaan mereka sering ditolak kerana mereka adalah satu-satunya bangsa yang berpecah di dunia ini. Langkah kedua, raja ini cuba mengahwinkan adiknya Lee Jae Ha dengan seorang rakyat Korea Utara yang merupakan rakan sepasukan kepada adiknya untuk pertandingan WOC.(Lupa nak bagi tahu kat atas yang King tu paksa adiknya join that tournament).

Usaha King tu mendapat tentangan daripada banyak pihak terutama sekali Club M. Presidentnya, John Mayers membuat konspirasi membunuh King tersebut. Jadi, secara tak langsung, adik Si King yang hanya tahu berfoya-foya tu terlantiklah secara automatik untuk menerajui tampuk pemerintahan negara. Disinilah menunjukkan sisi lain Lee Jae Ha dalam meneruskan usaha murni si abang untuk menyatukan dua negara dan mempertahankan cintanya dengan rakyat korea utara tu.

Nanti, kamu carilah cerita ni yer. garapan drama ini sangat baik saya kira sebab pelakon-pelakonnya mampu membawa emosi yang pelbagai kepada penonton. Pengajaran dari cerita, kita kena guna otak yang waras nak menghadapi apa jua dugaan yang datang. Kalau diajak berperang, seboleh mungkin elakkanlah sebab tidak ada satu keuntungan pun pada mana-mana negara yang berperang.

~Bahagiamu Deritaku~



Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Wednesday, 8 May 2013

Pesan Ayah.


Pesan Ayah
jaga tingkah,
di hujung namamu,
ada nama ayah
tidak ditanya siapa kamu
ditanya orang, anak siapa itu                                      
Kakak sayang ayah sangat-sangat

Pesan Ayah,
longgarkan bajumu
labuhkan tudungmu
sarung kaki jangan lupa yer
auratmu itu, tanggungjawabnya ayah

Pesan Ayah,
hidup bukan sekadar dunia
akhirat pun kejar sama
jangan ditinggal salah satunya
kelak hidupmu sia-sia aje

Pesan Ayah,
hidup kena bermaruah
ada pegangan
kelak tak dipermainkan
tidak juga jadi barang dagangan.