Skip to main content

Happy Birthday Comot!

Ikhlas: Sahabatmu Fadd.
Saya ada kawan. Namanya Nurul Hidayah Abdul Rahman. Orangnya cute aje. Serabut-serabut sikit. Kenangan yang saya tak akan lupa dengan dia adalah saat kehilangan kunci. Bukan sekali tapi dua kali yer.

Saat pertama kali bertemu, (cewah...dah macam berjodoh dengan dia ni) waktu sama-sama terlibat menjadi peserta progam kepimpinan. Waktu itu kami direkrut menjadi Block Representative Committee. Saya pegang Welfare Block E dan jawatan dia di Block C (lupa aih jawatan apa). Kami ditakdirkan satu kumpulan (sumpah saya lupa). Kata dia, saya asyik tanya namanya sampai dia menyampah nak jawab. (Serius sorry dowh, maklumlah, program tu kat Zoo Negara, nak menghafal nama binatang lagi.)

Saya pernah marah dia, tapi marah2 sayang ajelah. Sebab dia dan konco-konconya boleh bersuka ria di pantai Bagan Nakhoda Omar waktu orang lain berhempas pulas berprogram di Sg Air Tawar. Saya marah sebab saya ditugaskan jaga semua peserta, jadi tanggungjawab saya nak pastikan semua peserta selamat. Maaf, kalau ada kata-kata time tu buat kamu terasa yer. Tapi, satu saya kena puji sahabat saya ni, kalau kena marah, dia diam aje.

Kami jadi betul-betul rapat bila kami jadi adik beradik angkat di program Baktisiswa Jengka 7. Kami jadi anak angkat Tok Empat. Ingat apa yang abah kata, "abah dah tahu kenapa kamu semua panggil dia Comot, sebab bila makan mesti ada nasi dekat bibir dia". Kamu tersipu-sipu time tu. Kami gelak aje. Emak pulak kata: "orang tua-tua cakap, kalau makan, nasi ada di pinggir bibir, orang tu nanti ada anak tiri." kami ketawa lagi kuat. Tapi hati Fadd cakap, tak mau lah. Minta jauh kamu ada anak tiri.

Kenangan kunci tu,
1. Masa malam NUSFAD yang saya jadi program manager (PM), kamu terlupa mana letak kunci bilik mesyuarat dan kunci bilik MRC. Malang waktu tu sebab dua kunci bilik tu letaknnya bersama, kamu cari macam orang tak betul dah. Berapa kali ulang alik ke Pesta Konvokesyen sebab kami fikir kamu tertinggal kunci dekat gerai burger. Sampai abang burger tu pun dah naik muak nak jawab yang dia tak tahu mana kunci tu.

Part paling kelakar bila kamu dan Teyya bersungguh nak selongkar tong sampah sebab nak cari mana hilangnya kunci tu! Mas mengamuk waktu tu, Didi peluk kamu sebab tak bagi cari kunci tu, Zue kena control crowd sebab waktu yang sama kita buat tayangan filem, Teyya diam aje sebab Mas dah marah, waktu tu saya tengah buat sesi kaunseling, sebab ada kawan datang mengadu masalah, tapi saya still observe keadaan. Kamu meronta lagi, Mas datang dan cakap kat saya, saya tinggalkan kawan sekejap, sebab dia pun dah ok sikit waktu tu. Maaf lagi, saya marah kamu. Sungguh, saya marah bukan sebab kunci tu hilang, saya marah sebab nak kamu bertenang. kamu dah bertenang dan apabila tayangan filem habis, lampu pun dibuka. Kunci tu elok aje terletak kat tepi lap top.

2. Kamu hilangkan kunci bilik kita. Lepas tu kamu takut nak bagi tahu. Kamu pinjam kunci teyya nak duplicate. Kamu duplicate dan malam tu bagitahu saya. tapi awak nak tahu sesuatu tak........ jap lagi saya bagi tahu!

Saya tulis semua ni supaya ada kenangan antara kamu dan saya yang tertulis. Nanti, bila kita dah ada anak, kita boleh cerita dekat anak cucu yang kita berkawan baik. Biar anak cucu awak tahu yang opahnya kalut semacam.

Comot, Happy belated birthday
Kahwin cepat, tok sah sibuk dok kata nak kawen cari calon masa umur 30.
Time tu saham dah jatuh
hahaha

ps:
Comot, kamu tahu tak, hujung minggu lepas, saya kemas bilik dan cabut cadar, tepuk bantal dan angkat tilam, kamu tahu, kunci tu ada bawah tilam...bye, sebenarnya, kita tak tahu macam mana kunci tu boleh ada bawah katil. Mungkin kamu ada jawapannya :)

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Tofu Stim dan Tong Gas

 Aku. Hari ini, dos kedua Aztra Zaneca setelah menahan rindu selama dua bulan dari tarikh pernyatuan pertama kali pada 26 june yang lalu. Harini aku cuti. Entah, tak sabar nak dapat vaksin  kedua ni kot. Maka, aku seakan 'looking forward' nak buat apa waktu cuti ni. Siap call kawan aku, Mama Bell nak minta resipi tofu stim tu.  Tofu Stim. Akibat tergoda dengan gambar tofu stim hasil buatan Mama Bell, dengan rasa rendah diri, aku menelefon Mama Bell minta resipi. Setelah vaksin, bergegas ke mini market beli barang-barang nak masak Tofu stim. Sampai mini market, segala bahan dibeli.. yg tak patut pun masuk bakul jugak. Lebih kurang jam 6.00 petang, bermula la sesi memasak tofu stim, tengah tunggu air menggelegak, nak stim tofu, gas Habis. Tong Gas. Kenapa saat anda diperlukann sebegini, anda kehabisan gas meninggalkan tongnya sahaja. Setelah dikaji selidik, gas ni dibeli pada bulan februari yang lalu. Buat kata dia yang jauh di Grik, dah sampai masa dah you. Maka, kita tangguh ur

Aish.......saya tak nak kahwin lagi!

Serius, tugasan untuk PP1 (Profesional Practice 1) ni buat saya ter:) dan jatuh rahang mencecah dagu.... Gulp....nasib baik tak ada lalat yang sudi singgah tadi...kalau tak, tempah satu katil kat HKL la nampaknya. "Okay Class, while you fulfill the form, please listen to me. I want all of you to collect the signature of all lectures that under Legal Practices Department." ayu aje suara madam kami ni berkata... kesannya: rata2 macam fadd, jatuh rahang n spontan mulut kata "WHAT" "did you know all the lectures in Legal Practices Department? Did the lecturers know you? The answer is no right? Thus grab this opportunity to know them." Dengan itu, berjalanla kami dengan ketawa2 alah gitu sebab teringat minggu suai kenal asrama dolu2, pergi cari signature abang n kakak senior. Ni, kat sini, dah jadi senior pulak kena cari lecture. Aish...nak introduce diri pulak tu. Jangan ingat mudah untuk dapatkan tanda tangan yer... Think of yourself and please s

kAmU, ye KAMU!

tolong bilang aku dimana sakit kamu tolong bilang aku apa resah kamu tolonglah bilang sama aku apa yang ada dalam kepala kamu tolong faham kamu aku bukan bomoh bisa tahu mana sakitmu tolong faham kamu aku ini tahu rautmu,  saat resah membelenggu tolong jangan tipu aku! tolonglah faham wahai kamu, kamu dan kamu, AKU INI SAYANG SAMA KAMU.