Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Buat diri !

gambar sekadar hiasan..sila telan air liur jika anda terliur melihat gambar ini. Sedang saya makan berduaan dengan Cik Along setelah siap menghabiskan duit kami di AeonBig, siap buat kad keahlian lagi sebab sekarang ni dia bagi free keahlian seumur hidup, katanya, Mata saya dijamu dengan satu pemandangan yang indah saya kira. Satu keluarga berjalan masuk ke KFC tempat kami berdua menjamu selera, (melahap lagi tepat rasanya, sebab kedua-duanya makan tak hengat dunia). Keluarga ini terdiri dari Ayah, ibu, Anak dua orang (perempuan) dan dua orang cucu dan seorang pembantu rumah. Perkara yang menarik mata saya untuk terus memandang dan memerhatikan keluarga ini adalah, ibunya berkerusi roda dan ayahnya bertongkat. Terus tergambar di kepala saya, jika ayah bertongkat nanti dan mak berkerusi roda bagaimana yer? Saya yang sebelumnya lapar tak hengat, mulai perlahan suapan ayam KFC yang sedap ke dalam mulut. Jujur saya tak boleh gambarkan. Saya takut nak menghadapi keadaan macam ni. T

..HATI..

hati yang terasa, apa ubatnya? sembuhkah, jika lidah berbicara tentang laranya jika telinga menadah esak tangisnya jika mata mengempang air yang bergenang ditubirnya.

Loghat.

Runtuh dohhh rembia rumoh pesake kite : ujai mencuroh segenak cerok Repert dohhh dinding rumoh pesake kite : makai de bubuk besaraa kengkiok Semok dohhh laman rumoh pesake kite : tak sape menjengok tak sape menengok Ilang dohh zaman bebudok kite : yang tingge cume kenangai lame Uwaaaa.. aku nok jadi budok semuleeee.... Diambil dari post saudara Ray Bro dari Anak-Anak Lipis group. bagi yang tak memahami inti patinya, mungkin kedengaran agak melucukan kerana ianya ditulis dalam loghat daerah yang agak pekat sampai ada sesetengah perkataan saya sendiri tidak tahu maksud sebenarnya, contoh: rembia dan kengkiok (jadi saya terjemahkan rembia tu sebagai atap, sebab ada kan atap dibuat dari rumbia dulu dan kengkiok tu anai2 kot). Walaupun duduk dan dibesarkan di pahang, tetapi mak dan ayah saya tidak menggunakan loghat daerah apabila berkomunikasi dengan kami, maka, kami adik beradik berkomunikasi menggunakan bahasa standard dan hanya mula mengenali loghat daerah apabila bersekolah.

MC

sakit tu kafarah dosa. jadi, duk diam-diam... dah doktor bagi rest tu, duk ajelah kat bilik.. tu la.. degil lagi, mak dah kata jangan balik.. nak jugak balik kan.. kalau duk lagi kat umah, kan ada yang jaga.. ni, jagalah diri sendiri.. done, jom makan ubat n tido.

Mendua

Ku tak habis fikir kurangku dimana kau tega melepaskan aku jauh ku menatap namun terlalu jauh imajinasiku terberai terdiam aku beku tanpamu dimanakah letak hatimu kau putuskan tuk mendua dengan dia di belakangku padahal ku pilih kamu jadi cinta terakhir ku tak habis fikir kurangku dimana kau tega melepaskan aku jauh ku menatap namun terlalu jauh imajinasiku terberai terdiam aku beku tanpamu dimanakah letak hatimu kau putuskan tuk mendua dengan dia di belakangku padahal ku pilih kamu jadi cinta terakhir kau putuskan tuk mendua dengan dia di belakangku padahal ku pilih kamu jadi cinta terakhir kau putuskan tuk mendua dengan dia di belakangku padahal ku pilih kamu jadi cinta terakhir, jadi cinta terakhir

Allah, permudahkanlah.

Dalam larut dengan segala tarikh-tarikh akhir segala tugasan yang perlu dihantar, muncul pula jadual peperiksaan akhir semester. Ternyata, tarikh tidak menyebelahi saya. Bermula awal iaitu pada 28.12.2013, saya bakal menduduki peperiksaan untuk kertas pertama iaitu Civil Procedure 1. Kertas kedua menyusul pula pada 4.1.2014. Okay, banyak senggang masa kan kawan-kawan. Ha, mai sini chek nak habaq mai..Kertas ketiga menyusul 5.1.2014, kertas keempat 6.1.2014 dan yang terakhir 7.1.2014. cantikkan? Susun berderet. Ada yang tak mula periksa lagi, saya dah boleh kemas barang bawa balik kampung. Nampak seronok habis awal, azab nak periksa berderet macam tu, saya yang nak menanggungnya. Huish...merungut aje tak guna, baca buku sekarang. Hari periksa, kamu pergi aje. Balik Tidur, jangan stress sebab esok nak periksa lagi kertas seterusnya. Sekarang ni memang kena study awal. Sebab bimbang 'blank' time exam. Untuk kertas yang berderet tu, Professional Practice 2, Evidence 1, Evidence

Happy Belated Birthday.

Happy Birthday to you Happy Birthday to you Happy Birthday to Kolam Hati Happy Birthday to you. Allah selamatkan kamu Allah selamatkan kamu Allah selamatkan Kolam Hati Allah selamatkan kamu. p/s: Happy belated birthday Kolam Hati. Pesanan penaja tuk admin Kolam Hati, rajin-rajin menjenguk ke sini yer(^-^) Usiamu kini, Setahun dua hari.

IMPIANKU

 Sebagai wanita, Saya hanya mahu jadi seorang yang biasa-biasa saja Mahu punya sebuah rumah yang biasa saja Mahu punya keluarga yang bahagia. Sebagai wanita, Mahu punya "teman" yang biasa Bukan putera kayangan yang dipinta Tidak juga rakyat berjiwa raja Cuma, yang ada iman didadanya yang terima buruk dan baiknya saya yang sudi pimpin saya ke JannahNya

Kepada aku !

untuk mata yang melihat, untuk lidah yang bisa berbicara, untuk telinga yang sentiasa menguping cerita, untuk tangan yang cuba bekerja dengan aturannya, untuk kaki yang melangkah, untuk nyawa yang masih tinggal berbaki usia... Nikmat Tuhan yang mana lagi yang tidak mahu kamu akui... Nikmat Tuhan yang mana lagi mahu kamu dustakan...

Insan terpilih yang tidak dipilih.

Apa rasanya, menjadi insan terpilih yang tidak dipilih. Gembirakah atau Sedihkah? Gembira! Sebab berjaya menjadi yang terpilih. Terpilih bermaksud disukai dan telah tersenarai sebagai calon sebelum ini. Malah, boleh ditafsirkan juga sebagai pemenang mungkin kerna dia yang terpilih didalam senarai yang ada. Sedih! Kerana tidak dipilih menjadi apa sepatutnya. Angan-angan hendak menjadi pendamping si dia yang diharapkan, tetapi, keadaan bertukar sebaliknya. Kamu tetap jadi juara hatinya tetapi memegang takhta sebagai orang yang disayang tetapi bukan sebagai teman hidup dia. Kata sahabat dia: "Ruang untuk kamu sudah tak ada sebab kamu dah sama macam adik dia". Kalau tanya dekat dia, memang dia sayang kat kamu, tapi kasih dan sayang dia sama seperti dia sayangkan kakak dan adik dia." Dan jadilah saya insan TERPILIH yang tidak DIPILIH itu. Tetapi bagi saya, hati saya gembira terima berita tersebut sebab dia juga insan TERPILIH yang tidak DIPILIH. Hanya kami yang

Sebulatnya (The Fabulous Cat)

Tiada tangisan aku titiskan keringat airmata ku Manakah silapku nyatakan satu persatu inginku tahu Bukannya aku salah tafsiri (tak pernah aku mengkhianati) Mengapa kamu buat begini (tak pernah aku hilangkan diri) Apakah makna engkau mendua (tiada punca hancur segala) Aku senantiasa setia (tolonglah percaya) Korus Aku yang bodoh, aku yang buta Percayakan mu sebulatnya Lihat mereka terpedaya Percayakanmu sebulatnya Bukan kerana ku sengaja meninggalkan mu Kau sempurna untukku, untukku Tapi kini kau salah tafsiri (mengapa engkau mengkhianati) Salahkah aku buat begini (mengapa engkau hilangkan diri) Tiada makna Jadi apakah punca segala (aku senantiasa setia) Aku tak percaya Ulang Korus Cukuplah katamu Yang betulnya hanya kamu Cukuplah siksamu Yang pernah sakiti mu Hati telah luka Di atas luka dan luka Di dalam tak disangka Tertanam dendam yang lama Mulalah meraba Mencari jalan semula Jalan yang bercahaya Kembalilah pada

0 + Tandus = Kering kontang.

Sungguh kehabisan idea untuk menulis. Tidak tahu isu apa yang perlu dibangkitkan, Tidak pula merasakan perlu untuk 'quote; kan akta-akta dalam perlembagaan persekutuan atau Kanun Keseksaan atau mungkin juga Kanun Tanah Negara. BY THE WAY...idea dah kering kontang seperti di gurun sudah.

Alahai Mak....

Permohonan cuti telah diluluskan oleh bos kesayangan. Jadi, berangkatlah pulang anak mak dan ayah ni ke tanah jajahan mak. Sewaktu menunggu bas yang dijangka bergerak meninggalkan Kotaraya Kuala Lumpur ni, bonda kesayangan call mengarahkan saya menukar haluan ke Temerloh, sedangkan tiket yang ada ditangan menunjukkan saya harus pulang ke tanah jajahan mak. Apakah mak memutuskan untuk melawat tanah jajahan mak long? Persoalan yang timbul, anakanda mak ni tak bawa baju barang sehelai pun. Beg pakaian yang besar ni hanya dipenuhi dengan cadar dan selimut yang tak nak guna lagi. Tipu, ada baju 'koperat' dalam beg ni beserta seluar jeans sehelai. Apa kes nak pakai baju 'koperat' bagai kat rumah mak long nanti. Setelah membuat timbang tara dan berfikir buruk baik keadaan, saya dan mak memutuskan agar adinda kesayangan saya iaitu Aimi yang akan menemani mak ke Temerloh untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Ayah tak dapat teman mak sebab partner ayah baru aje accident dihempap

~Just Give Me a Reason~ PINK

Right from the start You were a thief you stole my heart And I your willing victim I let you see the parts of me That weren't all that pretty And with every touch you fixed them Now you've been talking in your sleep Things you never say to me Tell me that you've had enough Of our love, our love Just give me a reason Just a little bit's enough Just a second we're not broken just bent And we can learn to love again It's in the stars It's been written in the scars on our hearts We're not broken just bent And we can learn to love again Im sorry I don't understand where all of this is coming from I thought that we were fine Oh we had everything Your head is running wild again My dear we still have everything And its all in your mind Yeah but this is happening You've been having real bad dreams Oh oh You used to lie so close to me Oh oh There's nothing more than empty sheets Between

Mana Hilangnya.....

Bantal busukku.... Mana hilangnya kamu... Dah berminggu tidur saya tanpa kamu.... siapa yang ambil kamu???????? Teori kehilangan: 1. mungkin saya ada bawa balik ke Kg. mak beberapa minggu yang lau dan tertinggal di rumah mak anjang. tidak sedar kehilanggannya sebab apabila pulang ke rumah sendiri, "ucuk" saya yang lain ada menanti. So, kehilangan dia taklah dirasai sangat. Apabila kembali bermastautin di bilik kecil indah permai ini kembali, baru tersedar kehilangan "ucuk" yang ini. 2. Ucuk, mungkinkah kamu dicuri monyet yang selalu mengintai roti butterscotch di bilik kecil saya ini? Kata Teyya, "mungkin monyet bawa lari naik atas pokok". tambah kak Ida, "monyet ambil dan tinggalkan di bilik orang lain". kalau benar ini terjadi! KEJAMNYAAAAAAAA kamu monyet. Tahukah kamu, sudah beberapa lama lena saya terganggu, sebab "ucuk" saya tiada. 3. Ucuk jatuh bawah katil. Saya sangkal sebab saya dah cari dah kat situ. TAK ADA. Mot

Happy Birthday Comot!

Ikhlas: Sahabatmu Fadd. Saya ada kawan. Namanya Nurul Hidayah Abdul Rahman. Orangnya cute aje. Serabut-serabut sikit. Kenangan yang saya tak akan lupa dengan dia adalah saat kehilangan kunci. Bukan sekali tapi dua kali yer. Saat pertama kali bertemu, (cewah...dah macam berjodoh dengan dia ni) waktu sama-sama terlibat menjadi peserta progam kepimpinan. Waktu itu kami direkrut menjadi Block Representative Committee. Saya pegang Welfare Block E dan jawatan dia di Block C (lupa aih jawatan apa). Kami ditakdirkan satu kumpulan (sumpah saya lupa). Kata dia, saya asyik tanya namanya sampai dia menyampah nak jawab. (Serius sorry dowh, maklumlah, program tu kat Zoo Negara, nak menghafal nama binatang lagi.) Saya pernah marah dia, tapi marah2 sayang ajelah. Sebab dia dan konco-konconya boleh bersuka ria di pantai Bagan Nakhoda Omar waktu orang lain berhempas pulas berprogram di Sg Air Tawar. Saya marah sebab saya ditugaskan jaga semua peserta, jadi tanggungjawab saya nak pastikan semua p

~King of two Hearts~

Saya mungkin agak ketinggalan sebab baru aje habis menonton drama ni. Tapi ada saya kisah. Hahaha. Disebabkan saya dah jatuh hati dekat cerita ni dan watak watak didalam nya, saya nak update juga review mengenainya. Huhuhuhu. Drama ini mengisahkan usaha murni seorang raja kepada negara Korea Selatan yang berusaha untuk menyatukan Korea Selatan dan Korea Utara kerana menurutnya selepas peperangan antara Korea Utara dengan Korea Selatan, banyak nyawa yang terkorban, banyak keluarga yang terpisah dan peperangan itu meninggalkan trauma di kalangan rakyat kedua-dua negara yang perang akan tercetus lagi. keadaan ini menyebabkan hubungan kedua-dua buah negara menjadi tegang. Langkah pertama yang diambil oleh raja tersebut (Lee Jae Kang) adalah menyatukan askar kedua-dua buah negara agar mereka dapat menyertai WOC (World Officers Championship) iaitu pertandingan kemahiran peperangan (gitulah gamaknya). Sebelum ini, penyertaan mereka sering ditolak kerana mereka adalah satu-satunya bang

~Bahagiamu Deritaku~

Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjadi sahabatmu Siksanya mengakui kau teman biasa Terpaksa ku terima itu hakikatnya Yang pasti aku tak mau lupakan cinta Kau percik api membakar kenangan lama Aku tak tahu menilai cintamu Aku tak mampu pertahankan Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima Semakin ku sakit, semakin kau bahagia Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu Yang pasti aku tak mau lupakan cinta Kau percik api membakar kenangan lama Aku tak tahu menilai cintamu Aku tak mampu pertahankan Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima Semakin ku sakit, semakin kau bahagia Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Pesan Ayah.

Pesan Ayah jaga tingkah, di hujung namamu, ada nama ayah tidak ditanya siapa kamu ditanya orang, anak siapa itu                                       Kakak sayang ayah sangat-sangat Pesan Ayah, longgarkan bajumu labuhkan tudungmu sarung kaki jangan lupa yer auratmu itu, tanggungjawabnya ayah Pesan Ayah, hidup bukan sekadar dunia akhirat pun kejar sama jangan ditinggal salah satunya kelak hidupmu sia-sia aje Pesan Ayah, hidup kena bermaruah ada pegangan kelak tak dipermainkan tidak juga jadi barang dagangan.

If the thing easy like this....

Respect yourself enough to walk away from anything that no longer serves you, grows you, or makes you happy.

~UJIAN~

"Allah sedang bagi kamu pahala sabar. Bertabahlah wahai Fadhilah!" Kekadang, tanpa kita sedar atau dengan sedar pun, kita lupa nak mengucap syukur dengan pemberian Allah. Diuji sedikit, asyik merungut tak sudah. Tapi, tanpa kita sedari, diberi setiap yang diminta pun merupakan satu ujian. Ujian dimana mahu menilai sejauh mana hambaNya bersyukur dengan pemberianNya. "Allah tested us by 2 ways: the hard one by taking but the dangerous one by giving" MemAnglah, kita rasa sedih, geram, marah dan macam-macam lagi rasa kalau barang atau seseorang yang kita sayang itu dihilangkan dari pandangan dan bukan hak milik kita lagi. Selalunya, dalam keadaan susah sebegini, manusia kembali mencari Tuhan. Jadi, keaadaan ini tak sebahaya keadaan kedua, Allah uji kita dengan memberi segala apa yang kita inginkan. Kebiasaannya, kita sebagai hamba, selalu lupa untuk bersyukur. Bagi kita, kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan itu datangnya dari usaha kita. Tak terlintas pun dihati, s

Tanpa KATA - KATA !

Diam tanda setuju? atau Diam membeku tanda menyampah untuk orang yang tak pernah cuba untuk ambil tahu!
Andai gula tahu manisnya cinta,         pasti ia tersipu malu  kerana manisnya tidak seberapa.  (Maulana Jalaluddin Rumi)
"We are what we wear, we are what we speak and we are what we read." ~Hamid J~ ps: quote ni dapat dalam kelas pertama EPS 1.

Betul Ke?

Cuti Tahun baru cina baru aje berlalu, banyak kenduri kahwin yang berlangsung. Alhamdulillah, ramai yang terpanggil untuk mendirikan masjid. Saya aje punya 5 jemputan ke walimah pada minggu raya cina ini. Anda pula bagaimana? Saya terpanggil untuk membincangkan isu ini. Betul ke, kalau curi satu helai sireh junjung tu, nanti jodoh kita pula sampai? Pada perkiraan saya, sungguh tidak Islamic adat ini. Ada pula nak minta jodoh disuruhnya mencuri. Not in line with Syariah Appliance ni. Hurm....apalah kait mengait daun sireh tu dengan jodoh? Pada perkiraan saya yang hina-dina ini, saya percaya pada janji Allah. Sudah tersedia 'beliau' yang akan menjadi peneman saya. Tak perlu rasanya terhegeh-hegeh menampilkan muka, sangat tidak mahu dikatakan, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Dan, sunguh2 tidak patut sampai perlu mencuri daun sireh didalam jambangan sireh junjung orang untuk mendapatkan jodoh. Kan susah tu. Kalau tertangkapkan malu.! Islam kan dah ajar, mahu sesuat

Aish.......saya tak nak kahwin lagi!

Serius, tugasan untuk PP1 (Profesional Practice 1) ni buat saya ter:) dan jatuh rahang mencecah dagu.... Gulp....nasib baik tak ada lalat yang sudi singgah tadi...kalau tak, tempah satu katil kat HKL la nampaknya. "Okay Class, while you fulfill the form, please listen to me. I want all of you to collect the signature of all lectures that under Legal Practices Department." ayu aje suara madam kami ni berkata... kesannya: rata2 macam fadd, jatuh rahang n spontan mulut kata "WHAT" "did you know all the lectures in Legal Practices Department? Did the lecturers know you? The answer is no right? Thus grab this opportunity to know them." Dengan itu, berjalanla kami dengan ketawa2 alah gitu sebab teringat minggu suai kenal asrama dolu2, pergi cari signature abang n kakak senior. Ni, kat sini, dah jadi senior pulak kena cari lecture. Aish...nak introduce diri pulak tu. Jangan ingat mudah untuk dapatkan tanda tangan yer... Think of yourself and please s

Damai Yang Hilang

                                                      pergilah....                                                        jika itu bisa buat hati tenang terbanglah.... cari damai yang hilang                                     agar.... gundah hatimu kembali lapang pesanku... kembalilah.... kala gembira sudah bertandang. 08.02.2013

Diamond ~Rihanna~

  Shine bright like a diamond Shine bright like a diamond Find light in the beautiful sea I choose to be happy You and I, you and I We’re like diamonds in the sky You’re a shooting star I see A vision of ecstasy When you hold me, I’m alive We’re like diamonds in the sky I knew that we’d become one right away Oh, right away At first sight I felt the energy of sun rays I saw the life inside your eyes So shine bright tonight, you and I We’re beautiful like diamonds in the sky Eye to eye, so alive We’re beautiful like diamonds in the sky Shine bright like a diamond Shine bright like a diamond Shine bright like a diamond We’re beautiful like diamonds in the sky Shine bright like a diamond Shine bright like a diamond Shine bright like a diamond We’re beautiful like diamonds in the sky Palms rise to the universe As we moonshine and molly Feel the warmth, we’ll never die We’re like diamonds in the sky You’re a

~Sahabat~

Kau ada dikala ku suka Dikala ku duka setiap tangisan dan juga ketawa Kau ada dikala ku perlu setia menemaniku Pegang erat tanganku bila aku jatuh Kau lah yang selalu Selalu menemaniku Mendengar kisah pahit manis Hidup ku Kau lah yang di situ Setia menunggu ku Kau lah yang satu Menjadi sahabatku Ku tahu ku kan selalu ada Pada dirimu Dan ku harap kau juga rasa begitu Kau lah yang selalu Selalu menemaniku Mendengar kisah pahit manis Hidup ku Kau lah yang di situ Setia menunggu ku Kau lah yang satu Menjadi sahabatku Kau lah yang selalu Selalu menemaniku Mendengar kisah pahit manis Hidup ku Kau lah yang di situ Setia menunggu ku Kau lah yang satu Menjadi sahabatku Sahabatku. P/S: This song was dedicated to all my beloved friends that never fed up with me. Hope this ukhwah will forever till Jannah.

Perempuan?

Assalamualaikum, Pepagi buta tadi dapat msg daripada seorang sahabat yang saya dah anggap macam abang sendiri. Msg merentas laut lagi tu. Tapi, biasala kalau msg tengah2 pagi buta ni, msg masalahlah, tak ada yang lain. Boleh kira berapa kali aje msg berita gembira diterima dari dia pagi2 buta. Yelah, kalau msg yang tak patut sampai waktu saya tengah nyenyak tidur, tu namanya tempah sumpahan berbakullah.Kalau msg orang ada masalah, kita beringat jugaklah nak bagi sumpahan berbakul tu. Masih ada hati dan perut jugaklah saya ni kiranya. Masalah sahabat saya ni satu aje dari dulu, PEREMPUAN! Nasib baik dengan saya yang perempuan ni tak bermasalah. Setakat ni, sekali aje la rasanya bergaduh yang memerlukan orang tengah tuk mententeramkan kami. But, I realize that was my false. Betulla yang dia kata saya hanya contact dia bila saya susah. Tapi, saya ada sebab buat macam tu. Sebabnya, saya tak larat nak layan perasaan cemburu bekas awek dia.  Berbalik kepada msg pepagi buta tadi, msg ny

~Mesra Desa~

Bila terkenangkan desa Rindu selalu melanda Pada ayah dan bonda sanak dan saudara Kampung halaman nun jauh di mata Kini tiba ketikanya Saat kembali ke desa Indah suasana mesra sambutannya Rasa gelora di dalam dada Terimalah buah tanganku Sekadarnya yang aku mampu Buatmu ayah dan juga ibu Tanda ingatan kasihku Meriahnya suasana desa Semuanya ramah dan mesra Dimanakah teman-teman lama Bertahun tidak bersua Ketika kenduri kendara Sekampung bagai berpesta Bertolong Bantu jiran tetangga Beramai makan bersama Berzanji di surau lama Tak sedar hari dah senja Begini caranya kemesraan desa Moga kekal selamanya Sedang asyik bercerita Melintas si gadis desa Manis senyumannya bertudung kepala Anak saudara sendiri rupanya Bergurau teruna dara Pastikan ada batasnya Adat kesopanan dan budaya bangsa Agar agama terpelihara

Anak Kucing yang Menakutkan..!

Senyap-sunyi mahallah sebab semua orang dah 2 minggu balik kampung. (bukanla semua, adalah skuad pekerja part time mahallah macam kami ni yang tinggal). Tetapi, apa yang pasti, populasi kucing lagi banyak rasanya kalau nak compare dengan populasi manusia sekarang ni... Buktinya senang aje, setiap hari apabila nak masuk bilik, pasti bergema suara ayu si Fadd ni menjerit... maklumlah, manusia ramai peminat...ada aje anak kucing yang sibuk kejar nak tangkap kaki. Anak kucing ni memang pantang nampak saya keluar, mesti macam orang gila nak kejar tangkap kaki...Adoyaii.... masih tak faham bahasa betul yang cik Fadd kamu ni sangatla "berani" memandang kamu. Ini memang fobia saya... biarla orang kata anak kucing tu cute... bagi saya anak kucing tu MENAKUTKAN. Cuba bayangkan diaorang berlari menerpa kaki, tak ke tu perkara yang menakutkan. Saya boleh lagi berdepan dengan ular, buktinya saya masih dapat pegang ular sawa di Zoo Negara, Bukit Merah Laketown atau pun semasa di Langka