Wednesday, 28 August 2013

Insan terpilih yang tidak dipilih.

Apa rasanya,
menjadi insan terpilih yang tidak dipilih.
Gembirakah atau Sedihkah?

Gembira!
Sebab berjaya menjadi yang terpilih. Terpilih bermaksud disukai dan telah tersenarai sebagai calon sebelum ini. Malah, boleh ditafsirkan juga sebagai pemenang mungkin kerna dia yang terpilih didalam senarai yang ada.

Sedih!
Kerana tidak dipilih menjadi apa sepatutnya. Angan-angan hendak menjadi pendamping si dia yang diharapkan, tetapi, keadaan bertukar sebaliknya. Kamu tetap jadi juara hatinya tetapi memegang takhta sebagai orang yang disayang tetapi bukan sebagai teman hidup dia.

Kata sahabat dia:
"Ruang untuk kamu sudah tak ada sebab kamu dah sama macam adik dia". Kalau tanya dekat dia, memang dia sayang kat kamu, tapi kasih dan sayang dia sama seperti dia sayangkan kakak dan adik dia."

Dan jadilah saya insan TERPILIH yang tidak DIPILIH itu.

Tetapi bagi saya, hati saya gembira terima berita tersebut sebab dia juga insan TERPILIH yang tidak DIPILIH. Hanya kami yang tahu apa yang terjadi kerana hanya mereka yang mengharapkan sesuatu dari kami tetapi kami telah serahkan semua ini kepada Allah untuk tentukan siapa yang jadi teman disisi.

Lewat pertemuan di hari kelahiran:

Dia: Ko dah ada boyfried tak?
Saya: Ada, ko lah salah sorangnya.
Dia: Maksud aku, yang special.
Saya: (terdiam dan hilang kata2 sebab muka dia merah lalu jawab) Jom makan, aku lapar.

Pertemuan yang lain:

Saya: Ko nak tahu tak, aku sayang sangat kat ko. Ko macam abang aku. Aku nak ko jadi abang aku aje, Insyaallah dunia akhirat. Kalau ada jodoh antara kita, aku tak tolak sebab itu Allah punya perancangan, tapi masa sekarang, aku tak ragu2 sebab aku sayang ko macam abang.

Dan sekarang, perhubungan yang terjalin tak pernah terputus sebab masing-masing tahu diri, diri ini Insan Terpilih yang tidak Dipilih.



Wednesday, 21 August 2013

Sebulatnya (The Fabulous Cat)


Tiada tangisan aku titiskan keringat airmata ku
Manakah silapku nyatakan satu persatu inginku tahu

Bukannya aku salah tafsiri (tak pernah aku mengkhianati)
Mengapa kamu buat begini (tak pernah aku hilangkan diri)
Apakah makna engkau mendua (tiada punca hancur segala)
Aku senantiasa setia (tolonglah percaya)

Korus
Aku yang bodoh, aku yang buta
Percayakan mu sebulatnya
Lihat mereka terpedaya
Percayakanmu sebulatnya

Bukan kerana ku sengaja meninggalkan mu
Kau sempurna untukku, untukku
Tapi kini kau salah tafsiri (mengapa engkau mengkhianati)
Salahkah aku buat begini (mengapa engkau hilangkan diri)
Tiada makna
Jadi apakah punca segala (aku senantiasa setia)
Aku tak percaya
Ulang Korus

Cukuplah katamu
Yang betulnya hanya kamu
Cukuplah siksamu
Yang pernah sakiti mu

Hati telah luka
Di atas luka dan luka
Di dalam tak disangka
Tertanam dendam yang lama
Mulalah meraba
Mencari jalan semula
Jalan yang bercahaya
Kembalilah padaNya