Monday, 30 December 2013

Buat diri !

gambar sekadar hiasan..sila telan air liur jika anda terliur melihat gambar ini.
Sedang saya makan berduaan dengan Cik Along setelah siap menghabiskan duit kami di AeonBig, siap buat kad keahlian lagi sebab sekarang ni dia bagi free keahlian seumur hidup, katanya, Mata saya dijamu dengan satu pemandangan yang indah saya kira. Satu keluarga berjalan masuk ke KFC tempat kami berdua menjamu selera, (melahap lagi tepat rasanya, sebab kedua-duanya makan tak hengat dunia). Keluarga ini terdiri dari Ayah, ibu, Anak dua orang (perempuan) dan dua orang cucu dan seorang pembantu rumah.

Perkara yang menarik mata saya untuk terus memandang dan memerhatikan keluarga ini adalah, ibunya berkerusi roda dan ayahnya bertongkat. Terus tergambar di kepala saya, jika ayah bertongkat nanti dan mak berkerusi roda bagaimana yer? Saya yang sebelumnya lapar tak hengat, mulai perlahan suapan ayam KFC yang sedap ke dalam mulut. Jujur saya tak boleh gambarkan. Saya takut nak menghadapi keadaan macam ni. Tak boleh nak bayang macam mana ayah yang tak betah duduk sahaja dan sangat laju berjalan terpaksa berjalan perlahan-lahan dengan tongkat. Mak yang selalu tidak reti duduk diam, terbatas pergerakan dengan kerusi roda.Sedih sangat.Saya empang air mata supaya jangan meleleh. Nanti, Cik Along ni sedar pulak..

Yer, memang ibu dan ayah yang di depan kami ini sudah lanjut usianya. Kata orang, adatlah umur sebegitu untuk tahap kesihatan yang sedemikian. Namun, hati saya sebagai anak yang telah berusia suku abad ini masih takut nak menghadapi keadaan macam ini. Yer, kesihatan, kekayaan, anak-anak dan semua yang ada didunia ini adalah pinjaman Allah untuk kita. Begitu juga nikmat mempunyai ibu dan bapa, mereka juga pinjaman Allah buat semua yang bergelar anak-anak. Pinjaman Allah ini merupakan Amanah Allah. Pelihara dengan baik Amanah Allah yang tak ternilai ni.

Dalam larut dengan pelbagai perasaan, saya kagum melihat dua anak perempuan pasangan ibu dan ayah ini. Layanan buat ibu dan ayahnya sangat baik. Si anak yang tua bertanyakan si ibu samada mahukan ayam goreng atau burger. Setelah selesai, beliau tanyakan Si ayah pula. Sedang si kakak bertanyakan ibu dan bapa nak makan apa, si adik dah masuk beratur di kaunter nak buat pesanan agar tidak lama ibu dan ayah ini menunggu di meja hidangan. Si kakak memberi pesanan kepada anak-anaknya untuk mengkhabarkan apa yang perlu di pesan kepada ibu saudaranya. Si kakak tidak meninggalkan si ayah dan si ibu bersendirian melainkan hanya sekejap dimana menolong si adik mengambil hidangan. Itupun, ditinggalkan ibu dan ayahnya setelah hidangan pertama dibawa oleh pembantu rumah mereka. Ini bermakna, ibu dan ayah tak ditinggalkan bersendirian tanpa ada teman. 

Sewaktu makan, si kakak menguruskan si ibu. Membantu ibunya makan. Ibunya masih boleh menyuap sendiri, namun, sebelah tangannya tidak kuat. Jadi, si anak yang tua ni tolong suakan air kepada si ibu. Manakala, anak kedua pula menguruskan si ayah. Tolong siatkan ayam goreng buat si ayah, agar mudah si ayah makan. Anak-anak mereka dibiarkan diurus oleh pembantu rumah. Amalan sebegini saya puji. Mereka dulukan ibu dan ayah sebelum anak-anak. Syabas untuk kakak berdua dari saya, insan yang cuba menjadi seperti kakak berdua.

 Teringat saya satu petikan ini, tidak pasti samaada hadith atau terjemahan daripada ayat Al-Quran; "Redha Allah terletak pada Redha ibu dan bapa". Moga Redha Allah menjadi milik kita sebab sentiasa cuba menyenangkan ibu dan ayah hingga menyebabkan mereka Redha dengan kita.

p/s: post ini lebih kepada nasihat untuk diri sendiri. Agar sentiasa berbuat baik kepada mak dan ayah. Teringat ayat mak satu masa dulu dimana saya berkeluh kesah akan susahnya belajar undang-undang dan mengapa ayah dan mak hantar saya belajar undang-undang, kata mak;

"Ayah dah julang anaknya setinggi mungkin, tak kan ayah nak biarkan anaknya jatuh gedebuk. Apa yang ayah buat semua untuk kakak, semua ayah dahulukan kakak. Apa-apa kakak yang ayah fikir dulu"

Sungguh tak terbalas jasa mak dan ayah buat diri ini. Saya lambakkan segunung emas pun, sebesar zarah pun tak terbayar jasa baktinya.

Selamat Hari Ibu Mak dan Selamat Hari Bapa Ayah. Setiap hari adalah Hari Ibu dan Hari Bapa bagi kakak sebab kakak nak berbintikan ayah sepanjang hayat dan berbintikan mak apabila talkin buat kakak dibaca nanti. saat kakak bertemu Pencipta nanti.

Wednesday, 25 December 2013

..HATI..

hati yang terasa,
apa ubatnya?
sembuhkah,
jika lidah berbicara tentang laranya
jika telinga menadah esak tangisnya
jika mata mengempang air yang bergenang ditubirnya.