Skip to main content

~King of two Hearts~

Saya mungkin agak ketinggalan sebab baru aje habis menonton drama ni. Tapi ada saya kisah. Hahaha. Disebabkan saya dah jatuh hati dekat cerita ni dan watak watak didalam nya, saya nak update juga review mengenainya. Huhuhuhu.



Drama ini mengisahkan usaha murni seorang raja kepada negara Korea Selatan yang berusaha untuk menyatukan Korea Selatan dan Korea Utara kerana menurutnya selepas peperangan antara Korea Utara dengan Korea Selatan, banyak nyawa yang terkorban, banyak keluarga yang terpisah dan peperangan itu meninggalkan trauma di kalangan rakyat kedua-dua negara yang perang akan tercetus lagi. keadaan ini menyebabkan hubungan kedua-dua buah negara menjadi tegang.

Langkah pertama yang diambil oleh raja tersebut (Lee Jae Kang) adalah menyatukan askar kedua-dua buah negara agar mereka dapat menyertai WOC (World Officers Championship) iaitu pertandingan kemahiran peperangan (gitulah gamaknya). Sebelum ini, penyertaan mereka sering ditolak kerana mereka adalah satu-satunya bangsa yang berpecah di dunia ini. Langkah kedua, raja ini cuba mengahwinkan adiknya Lee Jae Ha dengan seorang rakyat Korea Utara yang merupakan rakan sepasukan kepada adiknya untuk pertandingan WOC.(Lupa nak bagi tahu kat atas yang King tu paksa adiknya join that tournament).

Usaha King tu mendapat tentangan daripada banyak pihak terutama sekali Club M. Presidentnya, John Mayers membuat konspirasi membunuh King tersebut. Jadi, secara tak langsung, adik Si King yang hanya tahu berfoya-foya tu terlantiklah secara automatik untuk menerajui tampuk pemerintahan negara. Disinilah menunjukkan sisi lain Lee Jae Ha dalam meneruskan usaha murni si abang untuk menyatukan dua negara dan mempertahankan cintanya dengan rakyat korea utara tu.

Nanti, kamu carilah cerita ni yer. garapan drama ini sangat baik saya kira sebab pelakon-pelakonnya mampu membawa emosi yang pelbagai kepada penonton. Pengajaran dari cerita, kita kena guna otak yang waras nak menghadapi apa jua dugaan yang datang. Kalau diajak berperang, seboleh mungkin elakkanlah sebab tidak ada satu keuntungan pun pada mana-mana negara yang berperang.

Comments

  1. Haha... kelakarnya. Saya pun tengah mengikuti drama terbaru lakonan Lee Seung Gi (hero King 2 Hearts tu). Masih lagi ditayangkan di Korea, baru episod 10.

    Ok. Tu je nak cakap. Citer tu pun best jugak. Heh.

    ReplyDelete
  2. saya tgk 'Lion King' je..sbb saya kanak2 lagi :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Tofu Stim dan Tong Gas

 Aku. Hari ini, dos kedua Aztra Zaneca setelah menahan rindu selama dua bulan dari tarikh pernyatuan pertama kali pada 26 june yang lalu. Harini aku cuti. Entah, tak sabar nak dapat vaksin  kedua ni kot. Maka, aku seakan 'looking forward' nak buat apa waktu cuti ni. Siap call kawan aku, Mama Bell nak minta resipi tofu stim tu.  Tofu Stim. Akibat tergoda dengan gambar tofu stim hasil buatan Mama Bell, dengan rasa rendah diri, aku menelefon Mama Bell minta resipi. Setelah vaksin, bergegas ke mini market beli barang-barang nak masak Tofu stim. Sampai mini market, segala bahan dibeli.. yg tak patut pun masuk bakul jugak. Lebih kurang jam 6.00 petang, bermula la sesi memasak tofu stim, tengah tunggu air menggelegak, nak stim tofu, gas Habis. Tong Gas. Kenapa saat anda diperlukann sebegini, anda kehabisan gas meninggalkan tongnya sahaja. Setelah dikaji selidik, gas ni dibeli pada bulan februari yang lalu. Buat kata dia yang jauh di Grik, dah sampai masa dah you. Maka, kita tangguh ur

Aish.......saya tak nak kahwin lagi!

Serius, tugasan untuk PP1 (Profesional Practice 1) ni buat saya ter:) dan jatuh rahang mencecah dagu.... Gulp....nasib baik tak ada lalat yang sudi singgah tadi...kalau tak, tempah satu katil kat HKL la nampaknya. "Okay Class, while you fulfill the form, please listen to me. I want all of you to collect the signature of all lectures that under Legal Practices Department." ayu aje suara madam kami ni berkata... kesannya: rata2 macam fadd, jatuh rahang n spontan mulut kata "WHAT" "did you know all the lectures in Legal Practices Department? Did the lecturers know you? The answer is no right? Thus grab this opportunity to know them." Dengan itu, berjalanla kami dengan ketawa2 alah gitu sebab teringat minggu suai kenal asrama dolu2, pergi cari signature abang n kakak senior. Ni, kat sini, dah jadi senior pulak kena cari lecture. Aish...nak introduce diri pulak tu. Jangan ingat mudah untuk dapatkan tanda tangan yer... Think of yourself and please s

kAmU, ye KAMU!

tolong bilang aku dimana sakit kamu tolong bilang aku apa resah kamu tolonglah bilang sama aku apa yang ada dalam kepala kamu tolong faham kamu aku bukan bomoh bisa tahu mana sakitmu tolong faham kamu aku ini tahu rautmu,  saat resah membelenggu tolong jangan tipu aku! tolonglah faham wahai kamu, kamu dan kamu, AKU INI SAYANG SAMA KAMU.