Skip to main content

Aish.......saya tak nak kahwin lagi!

Serius, tugasan untuk PP1 (Profesional Practice 1) ni buat saya ter:) dan jatuh rahang mencecah dagu....
Gulp....nasib baik tak ada lalat yang sudi singgah tadi...kalau tak, tempah satu katil kat HKL la nampaknya.

"Okay Class, while you fulfill the form, please listen to me. I want all of you to collect the signature of all lectures that under Legal Practices Department." ayu aje suara madam kami ni berkata... kesannya: rata2 macam fadd, jatuh rahang n spontan mulut kata "WHAT"

"did you know all the lectures in Legal Practices Department? Did the lecturers know you? The answer is no right? Thus grab this opportunity to know them."

Dengan itu, berjalanla kami dengan ketawa2 alah gitu sebab teringat minggu suai kenal asrama dolu2, pergi cari signature abang n kakak senior. Ni, kat sini, dah jadi senior pulak kena cari lecture. Aish...nak introduce diri pulak tu.

Jangan ingat mudah untuk dapatkan tanda tangan yer...

Think of yourself and please sign here.


Yang pertama: Saya di temu duga selama 30 minit. Soalan berkisar tentang diri. Where the exactly your house? Describe the location please. Done, get the signature.

Yang kedua: Kesian Madam. Tengah busy dengan kerja, so, don't take too long discussion. Soalan yang ditanya, the objective of this assignment. Done! I get the signature. Love you madam.

Yang Ketiga: Ustaz ni observe dress code. Attire of the day hari ini, jubah dan selendang pashmina. Labuh rasanya selendang ni. So, try my luck. Give salam and enter the room. safe and sound. Alhamdulillah, selendang lepas di mata Ustaz. Soalan pertama,
"Are you try to sell yourself that bring you to come to me for introduce yourself?" Ahhaaaaaaaa, tu dia. Sikit punya bernas soalan dari ustaz.

  Katanya yang sangat terkesan di hati:

"What the intention both of you come to see me. whether in the name of Allah or in the name of assignment. You should do this in the first year, not in the last year that you in this Kulliyyah. Not only Legal Practice Department, but should be all lectures in this university no matter what the Kulliyyah they are. the spirit of ukhwah, that the important thing."

Alhamdulillah, ustaz bagi tanda tangan dia...

"Thanks Ustaz for your time." sapaan sebelum melangkah keluar.

"No, that not my time. the time was belong to Allah. I'm just the one who manage it."

Going out with the full smile in my heart. Sekurang-kurangnya, tak rugi buat assignment ni. Tak mendatangkan mudarat satu apa pun berkawan dengan orang berilmu ni.

Yang keempat: ini part paling kelakar. Comel aje sir ni. Dipanggil masuk ke bilik nya. setelah ditanya urusan kedatangan, dia tanya tentang subjek pula.

"La, awatnya ambil banyak sangat subjek. ambil sikit2. Enjoy your final years. Awak bukannya terdesak nak kahwin sangat nak grad awal2 ni."

Mak ai Sir, saya ni memanglah tak nak kahwin lagi. banyak lagi benda nak buat kat luar sana tu. Saya ada beberapa tahun aje lagi nak capai impian saya yang saya set-up tuk umur 30 tahun nanti. Insya Allah, jika usia saya sampai ke peringkat itu.

Mengakhiri pertemuan, Sir cakap:
"Dah, dengar cakap saya. Subjek yang awak carry tu banyak sangat. 2 aje paper senang. 5 lagi tu paper susah. Saya doakan semoga awak dengar cakap saya. Ha, awak doakan kawan awak ni dengar cakap saya." Sir cakap sambil pandang muka saya sebelum beralih ke muka Wani.

Terfikir kata-katanya. Baru betul, kata2mu menghantui ku....

p/s: Sangat terharu sebenarnya, dikelilingi oleh insan-insan yang sangat mengambil berat. Semoga Allah mengurniakan kesihatan tubuh badan, kesihatan fikiran, kelancaran pertuturan kepada semua guru-guru saya tak kira dimana mereka berada agar insan-insan ini dapat menabur bakti mereka kepada anak bangsa dan agama.




Comments

  1. the time was belong to Allah. I'm just the one who manage it....(luv this statement)

    ReplyDelete
  2. Kenapa lecturer2 kat situ macam2 baek2 je sumenye? Hehe. Maksudnya, macam friendly. Bukan sekadar turunkan sign & then that's it. Bukan macam tu kan? Siap ada intebiu, sesi nasehat & macam2. Hahaha!

    Yg ustas ckp tu, err tersentap gak. Tp rasa macam taktau nak jumpa lecturer untuk apa. Heheh!

    ReplyDelete
  3. Dalam hati ada taman: saya pun tersentap masa dengar ayat ustaz, tapi memang betul pon kan, semua yang didunia ni milik Allah...
    Liyaa Mf: Alhamdulillah, lecturers di sini semua nya okay.. tak berkira dengan masa dan murah dengan nasihat....saya pun macam awak sebenarnya, tak rasa keperluan nak jumpa lecturers, nasib baik kena wat courtesy call ni, kenal lah jugak lecturers in person:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Tofu Stim dan Tong Gas

 Aku. Hari ini, dos kedua Aztra Zaneca setelah menahan rindu selama dua bulan dari tarikh pernyatuan pertama kali pada 26 june yang lalu. Harini aku cuti. Entah, tak sabar nak dapat vaksin  kedua ni kot. Maka, aku seakan 'looking forward' nak buat apa waktu cuti ni. Siap call kawan aku, Mama Bell nak minta resipi tofu stim tu.  Tofu Stim. Akibat tergoda dengan gambar tofu stim hasil buatan Mama Bell, dengan rasa rendah diri, aku menelefon Mama Bell minta resipi. Setelah vaksin, bergegas ke mini market beli barang-barang nak masak Tofu stim. Sampai mini market, segala bahan dibeli.. yg tak patut pun masuk bakul jugak. Lebih kurang jam 6.00 petang, bermula la sesi memasak tofu stim, tengah tunggu air menggelegak, nak stim tofu, gas Habis. Tong Gas. Kenapa saat anda diperlukann sebegini, anda kehabisan gas meninggalkan tongnya sahaja. Setelah dikaji selidik, gas ni dibeli pada bulan februari yang lalu. Buat kata dia yang jauh di Grik, dah sampai masa dah you. Maka, kita tangguh ur

kAmU, ye KAMU!

tolong bilang aku dimana sakit kamu tolong bilang aku apa resah kamu tolonglah bilang sama aku apa yang ada dalam kepala kamu tolong faham kamu aku bukan bomoh bisa tahu mana sakitmu tolong faham kamu aku ini tahu rautmu,  saat resah membelenggu tolong jangan tipu aku! tolonglah faham wahai kamu, kamu dan kamu, AKU INI SAYANG SAMA KAMU.