Skip to main content

Anak Kucing yang Menakutkan..!

Senyap-sunyi mahallah sebab semua orang dah 2 minggu balik kampung. (bukanla semua, adalah skuad pekerja part time mahallah macam kami ni yang tinggal).

Tetapi, apa yang pasti, populasi kucing lagi banyak rasanya kalau nak compare dengan populasi manusia sekarang ni... Buktinya senang aje, setiap hari apabila nak masuk bilik, pasti bergema suara ayu si Fadd ni menjerit... maklumlah, manusia ramai peminat...ada aje anak kucing yang sibuk kejar nak tangkap kaki. Anak kucing ni memang pantang nampak saya keluar, mesti macam orang gila nak kejar tangkap kaki...Adoyaii.... masih tak faham bahasa betul yang cik Fadd kamu ni sangatla "berani" memandang kamu.

Ini memang fobia saya... biarla orang kata anak kucing tu cute... bagi saya anak kucing tu MENAKUTKAN. Cuba bayangkan diaorang berlari menerpa kaki, tak ke tu perkara yang menakutkan. Saya boleh lagi berdepan dengan ular, buktinya saya masih dapat pegang ular sawa di Zoo Negara, Bukit Merah Laketown atau pun semasa di Langkawi, tapi dengan anak kucing, saya demam seminggu sebab si Bongsu a.k.a Danish letakkan anak kucing yang berusia sebulan jagung (ada ke?) atas bahu saya. Ini memang dosa yang tak dapat diampunkan! Nasib baik mak dah lepuk Si Bongsu.


Sebenarnya, fobia saya bukan pada anak kucing aje... Semua anak binatang yang berbulula saya kira. Anak ayam, anak itik, anak arnab dan sebagainya pun saya takut. Saya pernah kena sengkeh kat kepala oleh Pak Cik Lee (kontraktor rumah saya) sebab menjerit nak bagi luruh jantung dia. Dia berlari tak cukup tanah ingatkan ada ular dalam rumah, tapi sebenarnya anak ayam ayah yang terjatuh dari "incubator". That time, mak gelakkan ajer. Mak kata padan muka sebab menjerit tak ingat dunia. Tapi lepas tu Pak Cik Lee pujuk balik sebab saya tak nak bancuh air untuk dia....hahahah


Entahla, bila fikir balik, sengal jugak takut anak-anak binatang ni...Sebab, bila anak-anak binatang ni dah jadi mak atau bapak budak, saya dah tak takut lagi...Sengal jugak saya ni. Satu waktu dulu, anak manusia pun saya takut sebab saya rasa baby tu sangat lembik, macam tak bertulang. Kena handle with care segala. Tapi, perasaan takut kat baby tu dah hilang sebab saya dah dapat banyak anak sedara sekarang ni.

ps: Mak cik, cepatla ambil anak kucing tu...saya dah tak sanggup nak main "aci cak" dengan dia setiap kali nak keluar bilik. Bukan seekor, tapi 4 ekor yang saya nak kena hadap..... Uwaaaa 





Comments

Popular posts from this blog

Aku, Tofu Stim dan Tong Gas

 Aku. Hari ini, dos kedua Aztra Zaneca setelah menahan rindu selama dua bulan dari tarikh pernyatuan pertama kali pada 26 june yang lalu. Harini aku cuti. Entah, tak sabar nak dapat vaksin  kedua ni kot. Maka, aku seakan 'looking forward' nak buat apa waktu cuti ni. Siap call kawan aku, Mama Bell nak minta resipi tofu stim tu.  Tofu Stim. Akibat tergoda dengan gambar tofu stim hasil buatan Mama Bell, dengan rasa rendah diri, aku menelefon Mama Bell minta resipi. Setelah vaksin, bergegas ke mini market beli barang-barang nak masak Tofu stim. Sampai mini market, segala bahan dibeli.. yg tak patut pun masuk bakul jugak. Lebih kurang jam 6.00 petang, bermula la sesi memasak tofu stim, tengah tunggu air menggelegak, nak stim tofu, gas Habis. Tong Gas. Kenapa saat anda diperlukann sebegini, anda kehabisan gas meninggalkan tongnya sahaja. Setelah dikaji selidik, gas ni dibeli pada bulan februari yang lalu. Buat kata dia yang jauh di Grik, dah sampai masa dah you. Maka, kita tangguh ur

Aish.......saya tak nak kahwin lagi!

Serius, tugasan untuk PP1 (Profesional Practice 1) ni buat saya ter:) dan jatuh rahang mencecah dagu.... Gulp....nasib baik tak ada lalat yang sudi singgah tadi...kalau tak, tempah satu katil kat HKL la nampaknya. "Okay Class, while you fulfill the form, please listen to me. I want all of you to collect the signature of all lectures that under Legal Practices Department." ayu aje suara madam kami ni berkata... kesannya: rata2 macam fadd, jatuh rahang n spontan mulut kata "WHAT" "did you know all the lectures in Legal Practices Department? Did the lecturers know you? The answer is no right? Thus grab this opportunity to know them." Dengan itu, berjalanla kami dengan ketawa2 alah gitu sebab teringat minggu suai kenal asrama dolu2, pergi cari signature abang n kakak senior. Ni, kat sini, dah jadi senior pulak kena cari lecture. Aish...nak introduce diri pulak tu. Jangan ingat mudah untuk dapatkan tanda tangan yer... Think of yourself and please s

kAmU, ye KAMU!

tolong bilang aku dimana sakit kamu tolong bilang aku apa resah kamu tolonglah bilang sama aku apa yang ada dalam kepala kamu tolong faham kamu aku bukan bomoh bisa tahu mana sakitmu tolong faham kamu aku ini tahu rautmu,  saat resah membelenggu tolong jangan tipu aku! tolonglah faham wahai kamu, kamu dan kamu, AKU INI SAYANG SAMA KAMU.