Apa rasanya, menjadi insan terpilih yang tidak dipilih. Gembirakah atau Sedihkah? Gembira! Sebab berjaya menjadi yang terpilih. Terpilih bermaksud disukai dan telah tersenarai sebagai calon sebelum ini. Malah, boleh ditafsirkan juga sebagai pemenang mungkin kerna dia yang terpilih didalam senarai yang ada. Sedih! Kerana tidak dipilih menjadi apa sepatutnya. Angan-angan hendak menjadi pendamping si dia yang diharapkan, tetapi, keadaan bertukar sebaliknya. Kamu tetap jadi juara hatinya tetapi memegang takhta sebagai orang yang disayang tetapi bukan sebagai teman hidup dia. Kata sahabat dia: "Ruang untuk kamu sudah tak ada sebab kamu dah sama macam adik dia". Kalau tanya dekat dia, memang dia sayang kat kamu, tapi kasih dan sayang dia sama seperti dia sayangkan kakak dan adik dia." Dan jadilah saya insan TERPILIH yang tidak DIPILIH itu. Tetapi bagi saya, hati saya gembira terima berita tersebut sebab dia juga insan TERPILIH yang tidak DIPILIH. Hanya kami yang...
keruh di dasar jangan dipamer; biar tenang kelihatan di permukaan