Dalam larut dengan segala tarikh-tarikh akhir segala tugasan yang perlu dihantar, muncul pula jadual peperiksaan akhir semester. Ternyata, tarikh tidak menyebelahi saya. Bermula awal iaitu pada 28.12.2013, saya bakal menduduki peperiksaan untuk kertas pertama iaitu Civil Procedure 1. Kertas kedua menyusul pula pada 4.1.2014. Okay, banyak senggang masa kan kawan-kawan. Ha, mai sini chek nak habaq mai..Kertas ketiga menyusul 5.1.2014, kertas keempat 6.1.2014 dan yang terakhir 7.1.2014. cantikkan? Susun berderet. Ada yang tak mula periksa lagi, saya dah boleh kemas barang bawa balik kampung. Nampak seronok habis awal, azab nak periksa berderet macam tu, saya yang nak menanggungnya. Huish...merungut aje tak guna, baca buku sekarang. Hari periksa, kamu pergi aje. Balik Tidur, jangan stress sebab esok nak periksa lagi kertas seterusnya. Sekarang ni memang kena study awal. Sebab bimbang 'blank' time exam. Untuk kertas yang berderet tu, Professional Practice 2, Evidence 1, Evidence...
keruh di dasar jangan dipamer; biar tenang kelihatan di permukaan