Cuti Tahun baru cina baru aje berlalu, banyak kenduri kahwin yang berlangsung. Alhamdulillah, ramai yang terpanggil untuk mendirikan masjid. Saya aje punya 5 jemputan ke walimah pada minggu raya cina ini. Anda pula bagaimana? Saya terpanggil untuk membincangkan isu ini. Betul ke, kalau curi satu helai sireh junjung tu, nanti jodoh kita pula sampai? Pada perkiraan saya, sungguh tidak Islamic adat ini. Ada pula nak minta jodoh disuruhnya mencuri. Not in line with Syariah Appliance ni. Hurm....apalah kait mengait daun sireh tu dengan jodoh? Pada perkiraan saya yang hina-dina ini, saya percaya pada janji Allah. Sudah tersedia 'beliau' yang akan menjadi peneman saya. Tak perlu rasanya terhegeh-hegeh menampilkan muka, sangat tidak mahu dikatakan, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Dan, sunguh2 tidak patut sampai perlu mencuri daun sireh didalam jambangan sireh junjung orang untuk mendapatkan jodoh. Kan susah tu. Kalau tertangkapkan malu.! Islam kan dah ajar, mahu sesuat...