Pada tarikh ini, saya dilahirkan ke dunia. Teringat catatan ayahanda tercinta dalam diarinya yang saya curi baca waktu ditugaskan untuk menyusun diari-diari lama beliau dan mencari beberapa dokumen penting. Lewat catatan ayahanda; 22 April 1988. Puteri sulungku lahir kedunia dengan berat 2.75 kg. Kini telah bergelar seorang ayah. Catatan seorang bapa di dalam diarinya. Memang tak sepuitis guru bahasa, jauh lagi mahu menyamai saterawan negara yang mampu menulis bahasa berbunga-bunga, Namun, di hati anak yang ini, cukup berbunga bahasa ayahanda saya yang berkerja dalam bidang teknikal ini. Pada tarikh ini, bonda yang saya sayangi melahirkan saya dengan jerih. Saya dilahirkan pada waktu pagi. Tidak dapat saya bayangkan sakit yang ditempuhi. Saya puteri sulung dan kelahiran saya merupakan pengalaman pertama melahirkan bagi bonda. Dilahirkan dalam bulan Ramadhan, pastinya bonda terpaksa menempuh tempoh berpantang dalam bulan puasa. Sepanjang bulan puasa ini, bonda tidak ...