Skip to main content

22.04.1988

Pada tarikh ini, saya dilahirkan ke dunia. Teringat catatan ayahanda tercinta dalam diarinya yang saya curi baca waktu ditugaskan untuk menyusun diari-diari lama beliau dan mencari beberapa dokumen penting. Lewat catatan ayahanda;

22 April 1988.
Puteri sulungku lahir kedunia dengan berat 2.75 kg. Kini telah bergelar seorang ayah.

Catatan seorang bapa di dalam diarinya. Memang tak sepuitis guru bahasa, jauh lagi mahu menyamai saterawan negara yang mampu menulis bahasa berbunga-bunga, Namun, di hati anak yang ini, cukup berbunga bahasa ayahanda saya yang berkerja dalam bidang teknikal ini. 

Pada tarikh ini, bonda yang saya sayangi melahirkan saya dengan jerih. Saya dilahirkan pada waktu pagi. Tidak dapat saya bayangkan sakit yang ditempuhi. Saya puteri sulung dan kelahiran saya merupakan pengalaman pertama melahirkan bagi bonda. Dilahirkan dalam bulan Ramadhan, pastinya bonda terpaksa menempuh tempoh berpantang dalam bulan puasa. Sepanjang bulan puasa ini, bonda tidak dapat berpuasa dan bonda terpaksa menggantikan puasa yang ditinggalkan..

Awal kelahiran lagi, anak ini susahkan bondanya. Melahirkan dan berpantang dalam bulan puasa telah menarik nikmat merasa keenakkan juadah hari raya. Setelah tempoh berpantang tamat, isu yang timbul adalah untuk mengganti puasa yang bonda tinggalkan masa berpantang, menurut bonda, ada ugutan yang dibuat kepada ayahanda, bonda mendesak ayahanda turut berpuasa kerana bonda tinggalkan puasa sebab lahirkan saya. Kalau ayahanda enggan, bonda tak nak ganti puasa. Demi isteri dan anak, ayahanda temankan bonda ganti puasa yang ditinggalkan. 

Anak ini terus membesar dengan penuh kasih sayang. Diupah berpuasa dengan RM1 untuk sehari. Sebulan puasa, saya diupah RM30. Tambahan RM15 jika tamat mengerjakan puasa sunat 6. Mungkin ada yang kata, tidak elok diajar anak menunaikan puasa dengan upah. Tetapi, anak ini setuju dengan cara yang digunakan, ayahanda tidak upah secara membuta tuli, diterangkan kenapa umat Islam kena puasa. Sehingga kini, hingga umur ini, setiap tahun, saya masih menerima RM30 untuk duit raya walaupun sah-sah setiap tahun saya kena 'ponteng' puasa. 

Anak yang ini, degil sifatnya. Mahu dihantar ke Sekolah Menengah Agama, keputusan tidak mahu ke sekolah agama dibuat saat semua barang telah dimasukkan kedalam bonet kereta, semua bersedia hendak menghantar saya ke asrama, saya enggan masuk kereta. Rupa-rupanya, bonda tidak bersetuju dengan keputusan ayahanda yang mahu hantar saya ke asrama, jadi, bonda peguambela. Namun ayahanda tak marah, buktinya, keesokkan harinya juga, ayahanda belikan baju sekolah yang lain, kerana uniform sekolah biasa tidak sama dengan uniform sekolah agama. Namun, saya tak dapat mengelak lagi bila saya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Negeri Terengganu. Nak tak nak, saya ditingalkan disini demi masa depan saya.

Kasih dan sayang ayahanda dan bonda tak ada pengakhirannya. Sehingga usia yang setua ini, bonda dan ayahanda masih lagi bimbangkan anaknya yang seorang ini. Kalau saya sesekali pulang ke teratak ayahanda dan bonda, seringkali terbabas tidur di ruang tamu (atas sofa), sanggup seorang bonda dan ayahanda tidur beralaskan narita di sisi sofa tempat saya tidur bagi menemankan anaknya ini.

Buat ayah dan mak yang kakak sayangi,
Terima kasih tidak terhingga kerana melahirkan dan membesarkan kakak sehingga sebesar ini. Besar jasa mak dan ayah. Sebesar zarah pun kakak pasti tak mampu nak membalasnya. Buat ayah, ayah lelaki pertama yang kakak kenal dan sayang kakak buat ayah tak pernah pudar. 

Ayah,
kakak tak dapat hitung berapa banyak keringat ayah tumpah demi nak membesarkan kakak, nak bagi pendidikan yang sempurna, nak pastikan anaknya membesar dengan sihat. Ayah layankan aje bila setiap minggu kakak nak balik dengan alasan rindu kat rumah dan bantal peluk. Ayah sanggup hantar roti setiap hari isnin dan rabu sebab kakak kata sekolah tak ada jual roti gardenia. Terima kasih, kerana berkeras nak sekolahkan kakak di Besut. Jika ayah ikutkan juga kehendak kakak, sampai bila-bila kakak tak berdikari. Mungkin di situ, kakak rasa susah, tiada ayah yang hantarkan roti gardenia setiap isnin dan rabu, malah disitu pada waktu itu, sangat susah nak dapatkan gardenia, yang ada hanya Hi5 yang mana ayah cukup tahu kakak tak suka. Tapi, ayah tetap ayah, ayah belikan setin besar biskut Jacob setiap kali hantar kakak balik ke asrama. 

Terima kasih sekali lagi ayah sebab masih bertegas mahu kakak belajar jurusan undang-undang. Mungkin sekarang kakak tak nampak baiknya, tapi kakak percaya, ayah dah fikir sebaik-baiknya sebelum berkeras mahu kakak teruskan belajar di jurusan ini. Kakak pasti, setiap kejadian ada hikmahnya. Kakak pegang kata-kata mak, 

"Allah tahu apa usaha kita, kakak senangkan hati ayah, Allah senangkan kakak nanti"

Mak,
terima kasih sebab jadi kawan yang baik untuk kakak. Setia dengar setiap bebelan kakak. Susah payah bersengkang mata jaga kakak waktu kakak sakit. Layankan rajuk kakak yang kadang-kadang bila kakak fikirkan semula tak masuk akal pun. Mak layankan jugak. Maaf yer mak. Masakkan apa yang kakak nak.

Terima kasih juga mak sebab jadi tulang belakang kakak. Jadi 'tukang tolak' bila kakak rasa 'down'. Jadi kaunselor yang rawat hati kakak. Jadi tempat meluah rasa. Terima kasih mak, sebab jadi 'mediator' yang cukup baik bila kakak tak puas hati dengan setiap keputusan ayah.  

Kakak cuba jadi anak yang terbaik buat mak dan ayah.

Terima kasih untuk 26 tahun yang cukup bermakna.

Sayang kamu berdua ketat-ketat.










Comments

Popular posts from this blog

Mee Kari ayam

Ini menu hari ni. Pernah dengar tak menu macam ni? Nak cuba? senang aje.... Sila buka beg duit anda dan lihat berapa RM yang anda ada... bajet tak perlu banyak pun...RM10 dah cukup tuk semangkuk mee kari ayam ni... kalau cukup, sila bergerak ke kafe yang ada jual mee kari dan nasi ayam serentak... SO....... Order ajerla... cakap kat mak cik tu, "saya nak mee kari, lepas tu mak cik isi ayam nasi ayam tu yer" senangkan....masa tuk menikmati hidangan... silakan :)

Assalamualaikum (^0^)

Hello June (^-^)

buntu..

buntu idea sekarang ni.. sibuk dengan apa pun saya tak tahu. mungkin perlu re-format otak.. kurang membaca mungkin. p/s: maaf, membel pada diri sendiri. maaf, kongsikan bebelan disini.