Skip to main content

I will there for you....:)



"i will there for you"...
sedang enak menaip dan berfacebooking tadi petang, kami dapat dedikasi dari seorang yang tak dikenali.. wah, bukan main seronok lagi dia menyanyi di depan pintu office kami... lepas menyanyi di depan pintu office, dia ke student lounge pulak..

hati mak cik pun jadi tak sedap. ye la, dah lepas office hour, dalam kul 6.15 pm macam tu.. kelihatan dari cara berpakaian, waras aje orangnya..hensem pulak tu..huhu~ siap pakai selendang "Save Palestin" lagi. Student di students lounge pun dah mula bising sebab tak kenal lagi ni sape... lagipun, kawasan kami ni territory for women only...nape tetiba ada lelaki pula...

so, memandangkan mak cik ni mempunyai curiosity yang tinggi dan rasa bertanggungjawab menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak buah di dalam jajahan mak cik, mak cik dengan seorang lagi staff pun follow la mamat ni...macam kata encik digi, "I follow you...", followla sangat kan...

follow and follow, mamat ni masuk kiosk and start nyanyi kat sisters yang ada dalam kiosk tu...mak cik pun masuk kiosk and pura2 baca surat khabar dalam tu... bukan apa, mak cik takut dia kacau budak2 kat situ, lagi pun kami tak tau sape mamat ni... sibuk menyanyi tak tentu hala.

tiba-tiba, jeng3x...
 mak cik nampak seorang pak guard melambai mak cik minta mak cik keluar... mak cik pun keluarla, tengok apa cer?... pak cik tu pun sebenarnya tengah mengekor mamat tu... mamat tu ada masalah mental sikit...dia student kami juga..kami usha aje la mamat tu dari jauh sambil tunggu bantuan dari geng pak guard yang lain....datangla satu rombongan pak guard...(ala2 rombongan cik kiah macam tu), menjemput mamat ni pulang...

jadila sesi pujuk memujuk di antara mereka.. salah seorang mak cik guard tu datang pada kami dan pesan kalau dia datang lagi, cepat2 telefon post kawalan...memang hari tu mereka sibuk passing baton jaga dia sorang supaya jangan kacau students lain...

kasihan mak cik tengok dia...mak cik percaya dia ni baik budaknya, tu la ujian Allah tuk dia dan keluarga dia...dan juga ujian untuk kami supaya bersabar dengan kerenah dia... apa yang mak cik boleh cakap, guards semalam pujuk dia dengan cara yang betul...sedikit pun tak berkeras, pak cik yang sorang tu tepuk2 bahu mamat ni, sembang dengan dia cara kawan suruh dia balik berehat...layan dia sembang tentang jihad dan apa lagi ntah... apa yang mak cik boleh cakap, "Terima Kasih,  menjaga keselamatan kami seperti menjaga kelurgamu sendiri. Terima kasih pak cik dan mak cik guard. jasa kalian dikenang..."

yang pasti, mereka ni yang sentiasa ada untuk kami. sekali lagi, terima kasih untuk "being there for us:)"





Comments

Popular posts from this blog

Aku, Tofu Stim dan Tong Gas

 Aku. Hari ini, dos kedua Aztra Zaneca setelah menahan rindu selama dua bulan dari tarikh pernyatuan pertama kali pada 26 june yang lalu. Harini aku cuti. Entah, tak sabar nak dapat vaksin  kedua ni kot. Maka, aku seakan 'looking forward' nak buat apa waktu cuti ni. Siap call kawan aku, Mama Bell nak minta resipi tofu stim tu.  Tofu Stim. Akibat tergoda dengan gambar tofu stim hasil buatan Mama Bell, dengan rasa rendah diri, aku menelefon Mama Bell minta resipi. Setelah vaksin, bergegas ke mini market beli barang-barang nak masak Tofu stim. Sampai mini market, segala bahan dibeli.. yg tak patut pun masuk bakul jugak. Lebih kurang jam 6.00 petang, bermula la sesi memasak tofu stim, tengah tunggu air menggelegak, nak stim tofu, gas Habis. Tong Gas. Kenapa saat anda diperlukann sebegini, anda kehabisan gas meninggalkan tongnya sahaja. Setelah dikaji selidik, gas ni dibeli pada bulan februari yang lalu. Buat kata dia yang jauh di Grik, dah sampai masa dah you. Maka, kita tangguh ur

Aish.......saya tak nak kahwin lagi!

Serius, tugasan untuk PP1 (Profesional Practice 1) ni buat saya ter:) dan jatuh rahang mencecah dagu.... Gulp....nasib baik tak ada lalat yang sudi singgah tadi...kalau tak, tempah satu katil kat HKL la nampaknya. "Okay Class, while you fulfill the form, please listen to me. I want all of you to collect the signature of all lectures that under Legal Practices Department." ayu aje suara madam kami ni berkata... kesannya: rata2 macam fadd, jatuh rahang n spontan mulut kata "WHAT" "did you know all the lectures in Legal Practices Department? Did the lecturers know you? The answer is no right? Thus grab this opportunity to know them." Dengan itu, berjalanla kami dengan ketawa2 alah gitu sebab teringat minggu suai kenal asrama dolu2, pergi cari signature abang n kakak senior. Ni, kat sini, dah jadi senior pulak kena cari lecture. Aish...nak introduce diri pulak tu. Jangan ingat mudah untuk dapatkan tanda tangan yer... Think of yourself and please s

kAmU, ye KAMU!

tolong bilang aku dimana sakit kamu tolong bilang aku apa resah kamu tolonglah bilang sama aku apa yang ada dalam kepala kamu tolong faham kamu aku bukan bomoh bisa tahu mana sakitmu tolong faham kamu aku ini tahu rautmu,  saat resah membelenggu tolong jangan tipu aku! tolonglah faham wahai kamu, kamu dan kamu, AKU INI SAYANG SAMA KAMU.