Skip to main content

Gadis!

Melangsir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari,
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.

(Antalogi Harga Sebuah Lukisan, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Betul, tersangatlah betulnya. Ada beza ramah dengan murah. Jangan terlalu ramah sehingga kelihatan telalu murah. Tegas, bukan sehingga kelihatan sombong. Tapi, tegas, biar orang tahu, ramah kita ada hadnya.

Jangan terlalu ramah, sehingga kelihatan telah menawarkan hati. Bimbang yang sebelah sana terasa telah dimanjai. Bimbang dia telah simpan kita ketat-ketat dalam hati. Susah pula nak tarik diri nanti. Nak diteruskan, kita pula yang makan hati.

Tegas dalam lembut. belajarlah berkata tidak pada yang bukan hak. Bimbang, jika selalu bersetuju, makan diri kelak. Waktu itu, penyesalan pun dah tiada guna. Biar dikata ketinggalan zaman, jangan sesalnya berzaman-zaman.

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Tofu Stim dan Tong Gas

 Aku. Hari ini, dos kedua Aztra Zaneca setelah menahan rindu selama dua bulan dari tarikh pernyatuan pertama kali pada 26 june yang lalu. Harini aku cuti. Entah, tak sabar nak dapat vaksin  kedua ni kot. Maka, aku seakan 'looking forward' nak buat apa waktu cuti ni. Siap call kawan aku, Mama Bell nak minta resipi tofu stim tu.  Tofu Stim. Akibat tergoda dengan gambar tofu stim hasil buatan Mama Bell, dengan rasa rendah diri, aku menelefon Mama Bell minta resipi. Setelah vaksin, bergegas ke mini market beli barang-barang nak masak Tofu stim. Sampai mini market, segala bahan dibeli.. yg tak patut pun masuk bakul jugak. Lebih kurang jam 6.00 petang, bermula la sesi memasak tofu stim, tengah tunggu air menggelegak, nak stim tofu, gas Habis. Tong Gas. Kenapa saat anda diperlukann sebegini, anda kehabisan gas meninggalkan tongnya sahaja. Setelah dikaji selidik, gas ni dibeli pada bulan februari yang lalu. Buat kata dia yang jauh di Grik, dah sampai masa dah you. Maka, kita tang...
Sendiri aku masih disini menanti hadirmu yang tak pasti sendiri ku kan sendiri lagi saat kau tiba-tiba hilang dan pergi sendiri kau biarku disini meniti jalan tajam penuh berduri sendiri ku tak mampu berlari setelah cinta harapan kau dustai aku kini  belajar untuk berdiri sendiri -Pompa Bensin-

Assalamualaikum (^0^)

Hello June (^-^)